Volume 7 Issue 29 (September 2022) PP. 658-672
DOI 10.35631/IJLGC.729044
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved
658
INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW,
GOVERNMENT AND COMMUNICATION
(IJLGC)
www.ijlgc.com
PEMBINAAN JATI DIRI MUSLIM DALAM KEPIMPINAN
POLITIK TUN SAKARAN DANDAI: SATU TINJAUAN
THE CONSTRUCTION OF MUSLIM IN LEADERSHIP OF TUN SAKARAN
DANDAI: AN OVERVIEW
Mohd Nasrun Mohd Talib
1
, Saifulazry Mokhtar
2*
, Mohd Sohaimi Esa
3*
, Azmin Pullong
4
1
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: MU1921015T@student.ums.edu.my
2
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
Email: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my
3
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: msohaimi@ums.edu.my
4
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah (Kampus Tawau)
Email: azminpullong@uitm.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 15.06.2022
Revised date: 20.07.2022
Accepted date: 30.08.2022
Published date: 29.09.2022
To cite this document:
Talib, M. N. M., Mokhtar, S., Esa, M.
S., & Pullong, A. (2022). Pembinaan
Jati Diri Muslim Dalam Kepimpinan
Politik Tun Sakaran Dandai: Satu
Tinjauan. International Journal of
Law, Government and
Communication, 7 (29), 658-672.
DOI: 10.35631/IJLGC.729044.
This work is licensed under CC BY 4.0
Abstrak:
Kepimpinan yang berkualiti merupakan komponen penting dalam memastikan
kestabilan dalam proses pembinaan jati diri bagi mencapai hasil yang
diinginkan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Tun Sakaran Dandai, adalah
tokoh politik Sabah berpengaruh berasal dari daerah Semporna telah berjaya
mengetegahkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat
melalui kepimpinan. Penglibatan Tun Sakaran dalam kepimpinan politik pada
peringkat tertinggi nyata memberi impak dari sudut pembawaan syiar Islam
sehingga beliau dikenali sebagai seorang tokoh bersifat tawaduk, rendah diri
dan satu-satunya pemimpin politik Sabah yang mencorak politiknya berserta
dengan kekuatan agama. Di dalam penulisan ini pengkaji telah menggunakan
kaedah kualitatif iaitu temubual bersama ahli politik, penduduk setempat yang
rapat dan menganalisis dokumen melalui sumber bertulis seperti buku-buku,
jurnal dan laporan bertulis. Melalui penulisan ini dapat dilihat bagaimana Tun
Sakaran Dandai menerapkan nilai-nilai untuk membina jati diri muslim dalam
kepimpinan yang disaluti dengan pendekatan syiar Islam. Skop utama dalam
penulisan ini diteruskan dengan meninjau penjelasan tentang pendekatan dan
kriteria-kriteria yang telah diaplikasikan oleh Tun Sakaran Dandai dalam
membentuk jati diri muslim yang berjaya dalam kepimpinan. Justeru, hasil
dapatan ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan contoh pemimpin
politik yang berjaya membina jati diri muslim melalui kepimpinan dan perlu