Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 37-56 DOI 10.35631/IJEPC.849004 Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 37 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC) www.ijepc.com PENDEKATAN GURU MUDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES THE YOUNG TEACHER APPROACH IN THE TEACHING AND LEARNING OF MATHEMATICS IN SECONDARY SCHOOLS: A CASE STUDY Marcella Modius 1 , Siew Nyet Moi 2* , Mad Noor Madjapuni 3 1 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia Email: babydagreat95@gmail.com 2 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia Email: sopiah@ums.edu.my 3 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia Email: mdnoormj@ums.edu.my * Corresponding Author Article Info: Abstrak: Article history: Received date: 22.11.2022 Revised date: 12.12.2022 Accepted date: 30.01.2023 Published date: 01.03.2023 To cite this document: Modius, M., Siew, N. M., & Madjapuni, M. N. (2023). Pendekatan Guru Muda Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8 (49), 37-56. DOI: 10.35631/IJEPC.849004 Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendekatan Guru Muda dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik, keupayaan Guru Muda dalam membantu pelajar lemah dalam subjek Matematik dan motivasi pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik melalui pelaksanaan Guru Muda. Informan kajian melibatkan lapan orang informan yang terdiri daripada i) dua orang guru Matematik, dan ii) enam orang pelajar Tingkatan 5 yang terdiri daripada tiga orang Guru Muda dan tiga orang mentee. Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini berbentuk kajian kes. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa dengan adanya pelaksanaan pendekatan Guru Muda dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik, kredibiliti dan kepimpinan Guru Muda dapat diasah melalui bimbingan terhadap mentee dengan menggunakan pembelajaran koperatif. Selain itu, motivasi dalaman dan luaran pelajar Guru Muda dan mentee turut mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik. Kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan Guru Muda dapat memberikan impak yang positif terhadap pelajar, guru dan sekolah.