Prosiding Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi & Logistik, (SIPTIK IV) 14-16 Mei 2013, Universiti Utara Malaysia 363 ISU KETIDAKPATUHAN KRITERIA DAN SPESIFIKASI DALAM SEKTOR BINAAN 1 Mohd Atiullah Yaacob, 2 Mohd Shahrin Rosli, 3 Muhammad Amirul Hadi Mohd Azam, 4 Faezana Mohd Zahir, Wan Nadzri Osman, & Mohd Nasrun Mohd Nawi Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej peniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010. Sintok, Kedah, Malaysia Email: 1 mohdatiullahyaacob@yahoo.com, 2 future_for21@yahoo.com, 3 emiyourl@ymail.com, 4 faezanamohdzahir@gmail.com ABSTRAK Sejak sedekad yang lalu industri pembinaan di Malaysia banyak mengalami perubahan untuk bersaing pada zaman globalisasi. Banyak perubahan dalam pembangunan Negara yang telah dilaksanakan demi menaikkan taraf hidup rakyat sejajar dengan maklamat untuk menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang boleh bersaing dimata dunia. Masalah berkaitan projek terbengkalai dan tergendala yang disebabkan oleh sikap sesetengah pihak yang terlibat dalam projek perbinaan antara pihak yang terlibat seperti pihak klien, pemaju, arkitek, kontraktor, sub-kontraktor, pembekal dan lain-lain. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan menganalisis dengan lebih terperinci mengenai punca-punca tergendala, isu- isu yang terlibat, dan langkah mengatasi masalah. Melalui analisa data, punca-punca projek ini tergendala adalah mungkin disebabkan oleh sikap sesetenggah kontraktor dan sub-kontraktor dan pihak lain seperti tidak mendegar arahan, tidak mematuhi arahan yang diberikan, sikap tidak ambil berat dan ringan tulang terhadap sesuatu maklumat dan sebagainya. Berdasarkan analisa dan perbincangan, jalan penyelesaian yang perlu diambil adalah dengan pendekatan nilai. 1.0 PENDAHULUAN Sektor perindustrian, kediaman, komersial dan prasarana adalah aktiviti-aktiviti industri binaan yang disenaraikan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara. Kepentingan industri binaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai industri serta meliputi pelbagai bidang. Industri binaan bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan pasca selepas pembinaan. (Khairil Azizi Mohamad,2002). Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung dengan industri pembinaan. Di antaranya ialah klien, perunding, kontraktor, pembekal dan pihak berkuasa tempatan. Kebanyakan projek pembinaan amat bergantung kepada kontraktor yang terlibat. Walaupun kontraktor merupakan pihak yang terpenting namun kontraktor juga yang menjadi punca sesuatu projek bermasalah. Penglibatan kontraktor amat penting dalam sesuatu projek pembinaan. Kejayaan sesuatu projek pembinaan bergantung kepada kecekapan kontraktor menguruskan segala aspek kerja-kerja pembinaan. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kontraktor berpunca daripada pengurusan projek yang lemah. Aspek pengurusan yang terlibat ialah pengurusan sumber bahan, kos, buruh, masa dan jentera (Rafsyamir, 2004). Pelbagai usaha dijalankan untuk mempertingkatkan mutu pengurusan projek pembinaan agar sistem penyampaian projek dapat ditambahbaikkan. Berdasarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan), Kerajaan mengambil langkah menubuhkan satu agensi khas untuk memantau dan menyelaras aktiviti industri pembinaan negara iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di negara ini perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia di bawah salah satu kategori iaitu kerja bangunan, kerja kejuruteraan, dan kerja mekanikal dan elektrikal. Selain itu, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) merupakan agensi kerajaan pertama yang mula diberi mandat untuk menjalankan perkhidmatan dalam hal-ehwal kontraktor. Pendaftaran kontraktor di bawah klasifikasi PKK terbahagi kepada 3 peringkat iaitu bermula dengan 2 kategori kapasiti, 7 bahagian kepala dan pelbagai sub-kepala. Dengan adanya sistem pendaftaran ini, bilangan kontraktor yang berdaftar dapat dikenalpasti dari semasa ke semasa dan selain itu, PKK juga turut melaksanakan penambahbaikan dasar agar usahawan binaan tempatan menjadi lebih berdaya maju. Selain daripada menguruskan hal-ehwal pendaftaran kontraktor, Khairulzan Yahya & A.Halim Boussabaine (2006) menyatakan usaha brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository