1 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 4 BIL 1 (2017) Al-Ma’ Dalam Al-Qur’an Dari Sudut Estetika Bahasa: Satu Tinjauan Literatur Al-Ma’ In The Qur’an Through Lingual Aesthetics: A Literature Review Muhamad Khairul Anuar Bin Zulkepli 1 , Md. Nor Bin Abdullah 2 , Suhaila Binti Zailani@Ahmad 3 ABSTRAK Air merupakan antara keperluan utama dianugerahkan kepada manusia dan sekalian makhluk yang menjadi pelengkap kehidupan di muka bumi ini. Kewujudan air di alam ini adalah bukti kekuasaanNya yang Maha Agung dan ia dijelaskan melalui al-Qur’an yang menjadi pegangan hidup manusia. Badan manusia umpamanya terdiri daripada komposisi air yang meliputi sistem peredaran darah. Begitu juga permukaan bumi terdiri daripada permukaannya yang diliputi oleh air. Perbincangan berkaitan dengan air telah dinyatakan dalam al-Qur’an secara terperinci malah kesinambungan dari apa yang telah dijelaskan masih diteruskan dan ia direalisasikan menerusi kajian ilmiah dan saintifik. Namun, perbincangan tersebut banyak berkisar tentang air yang wujud dalam al-Qur’an. Kajian yang menjurus kepada estetika di sebalik penggunaannya dalam al-Qur’an amat perlu dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau literatur-literatur yang berkaitan dengan air dalam al-Qur’an. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan sebagai sumber utama pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif dengan mencerakinkan tiga topik perbincangan. Hasil kajian mendapati bahawa masih terdapat isu dan permasalahan berbangkit berkaitan dengan air dalam al-Qur’an. Oleh yang demikian, permasalahan yang wujud ini boleh membantu kepada pembinaan satu pernyataan masalah yang baru. Kata Kunci: air, al-Qur’an, estetika. ABSTRACT Water is one of the vital needs given to human beings and all creatures as complementary life on this earth. The existence of water in the universe is great poof of His ability and it is described by the Qur’an. For example, the human body is composed of water which includes the circulatory system. Similarly, the Earth's surface consists of its surface covered by water. The discussions of water have been stated in the Qur’an in detail and it’s still continued through scientific research. However, it’s revolved about water that exists in the Qur’an. The research related to aesthetic behind their uses is scarcely attended to. Hence, this study aims to review the related literatures to the water in al- Qur’an. This study used a qualitative approach through the design of content analysis as a major source of data collection. Further, the process of analyzing the data is done through a descriptive analysis by dividing the three main topic discussion. The study found that 1 Muhamad Khairul Anuar Bin Zulkepli, Calon Doktor Falsafah (PhD) Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, rose_mujahid@yahoo.com 2 Muhamad Khairul Anuar Bin Zulkepli, Calon Doktor Falsafah (PhD) Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, rose_mujahid@yahoo.com 3 Suhaila Binti Zailani@Ahmad, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, suzail@ukm.edu.my