BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences
Volume 1, Issue 4, 2018
71
Relevansi Tasawuf dan Pembangunan Rohani
Insan: Satu Sorotan Awal
Safiah Abd Razak
1
, Che Zarrina Sa’ari
2
& Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman
2
Abstrak
Pembangunan rohani insan merupakan antara topik penting dalam agenda pembangunan ummah
hakiki. Kealpaan dan kelalaian masyarakat Islam terhadap pembangunan rohani akan mengundang
pelbagai permasalahan dalam kehidupan manusia sejagat. Rohani yang lemah, pincang dan penuh
kekotoran akan melahirkan individu masyarakat yang lemah imannya, buruk peribadinya malah
menimbulkan pelbagai kerosakan dalam masyarakat. Pendek kata pembinaan tamadun dan
peradaban manusia yang berteraskan kekuatan iman dan keteguhan akhlak tidak akan mampu
dicapai sekiranya aspek rohani diabaikan. Ilmu tasawuf dilihat sebagai jalan dan kaedah terbaik bagi
mencapai matlamat membangun rohani memandangkan ilmu tasawuf merupakan satu ilmu yang
memberi tumpuan dan penekanan utama kepada aspek penyucian dan pembersihan hati manusia.
Ulama tasawuf semenjak dahulu berusaha mendidik dan membentuk masyarakat agar bersih
rohaninya, benar tawhidnya dan mulia akhlaknya melalui metodologi dan pendekatan tasawuf.
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakan relevensi ilmu tasawuf dalam membangunkan
aspek jiwa atau rohani manusia yang dilihat sebagai tunjang utama pembangunan manusia
seluruhnya. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan. Data-data yang diperolehi telah dianalisis
secara kritis bagi mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian mendapati disiplin ilmu tasawuf dilihat
releven dan memainkan peranan yang besar dalam membantu membangunkan insan semenjak
dahulu hingga hari ini. Penekanan tasawuf terhadap usaha tarbiyyah kerohanian dengan meletakkan
pelbagai garis panduan dan kaedah seperti berzikir kepada Allah boleh menanam kekuatan dalaman
dan menjadi sumber nilai yang kuat untuk dijadikan panduan hidup. Kaedah pengikisan sifat
mazmumah, penerapan sifat mahmudah, berakhlak dan mempunyai hubungan yang baik sesama
makhluk dapat membentuk insan sejati yang diredai Allah dan seterusnya mampu memberikan
kesejahteraan dan keharmoniaan dalam kehidupan manusia sejagat. Konsep pembangunan rohani
berasaskan pendekatan tasawuf ini mampu menjadi salah satu alternatif dalam usaha
membangunkan manusia masa kini.
Kata Kunci
Relevansi, Tasawuf, Pembangunan Rohani.
Cite This Article:
Safiah Abd Razak, Che Zarrina Sa’ari & Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman. 2018. Relevansi Tasawuf
dan Pembangunan Rohani Insan: Satu Sorotan Awal. BITARA International Journal of Civilizational Studies and
Human Sciences 1(4): 71-84.
1
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Pahang, Malaysia.
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Corresponding Author:
Safiah Abd Razak, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Pahang, Malaysia.
E-mail: safiah@kuipsas.edu.my
Article
BITARA
Volume 1, Issue 4, 2018: 071-084
© The Author(s) 2018
e-ISSN: 2600-9080
http://www.bitarajournal.com
International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences