VOL. 13 ISSN 1511-8393 JULAI/JULY 2012 http://www.ukm.my/jmalim/ Aspek Estetika Labu Acu (Aesthetical Aspects of Labu Acu) HAMDZUN HARON Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia hh@ukm.my NARIMAH ABD. MUTALIB Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang neryzone@yahoo.com ABSTRAK Labu Sayong kini dihasilkan dengan menggunakan acuan dan dipanggil Labu Acu. Penginovasian ini dapat menghasilkan produk yang lebih komersil lagi produktif berbanding cara lama. Ia juga merupakan jalan penyelesaian bagi memelihara industri ini daripada pupus malah produk yang dihasilkan relevan dengan kehendak masyarakat masa kini dari aspek estetikanya. Namun persoalannya, adakah Labu Acu dapat mengekalkan kehalusan Labu Sayong tradisional? Melalui pendekatan analisis kualitatif, penulis mendapati perubahan cara penghasilannya secara tidak langsung ada memberi kesan terhadap nilai estetik Labu Acu itu sendiri. Berdasarkan itu maka penulisan ini akan melihat sejauh manakah estetika labu acu dapat dilihat Perbincangan dimulai dengan pendeļ¬nisian estetika dan kehalusan. Seterusnya menjurus kepada perbincangan utama iaitu kehalusan pada reka bentuk dan reka corak Labu Acu. Secara kesimpulannya, transformasi teknologi ini bukan sahaja dapat menghasilkan Labu Sayong yang produktif malah dapat mewujudkan dapat perubahan dari aspek reka bentuk dan reka corak Labu Sayong tradisional.. Menariknya warisannya masih dapat dikekalkan sehingga kini. Kata Kunci: Labu Sayong - Labu Acu - Estetika ABSTRACT Labu Sayong making has now adopted the use of molds, or also known as Labu Acu. This new innovation is able to manufacture commercial products and is more productive than the old ways. This innovation is also regarded as brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository