https://doi.org/10.17576/apjitm-2013-0301-03 27 http://www.ftsm.ukm.my/apjitm Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik Vol. 2 No. 1, June 2013 : 27 - 37 e-ISSN: 2289-2192 KEBARANGKALIAN SECARA AUTOMATIK DALAM ALKHWARIZMI BAYES UNTUK APLIKASI AGEN BUALAN NAZLIA OMAR MASNIZAH MOHD YUSMAN JAMAT ABSTRAK Agen bualan merupakan salah satu aplikasi yang boleh diguna untuk mendapat maklumat secara dialog mengguna bahasa tabii. Kajian ini mencadangkan alkhwarizmi Bayes yang mengguna nilai kebarangkalian yang dijana secara automatik untuk mentafsir kehendak pengguna kerana dialog ada kalanya membawa maksud yang samar atau mengandungi maklumat yang tidak lengkap. Teknik ini diaplikasi ke dalam agen bualan untuk melihat keberkesanan kaedah yang dicadang. Agen bualan yang dihasil mengguna persekitaran Bahasa Melayu sebagai bahasa interaksi. Selain itu, agen yang dihasil mampu menganalisis keperluan individu tanpa memerlu input yang lengkap daripada pengguna berdasarkan analisis dan pengemaskinian nilai kebarangkalian yang digunakan dalam pengiraan alkhwarizmi Bayes. Kata kunci: Alkhwarizmi Bayes, Padanan Corak, Agen Bualan ABSTRACT Conversational agent is an application that can be used to obtain information using natural language processing. This study proposes Bayes algorithm using probability value generated automatically to interpret user requirement. User dialogue involves ambiguous meaning and sometimes occur an incomplete information. Bayes algorithm is applied to conversational agent to investigate the effectiveness of the proposed method. Conversational agents produced are using Malay environment as an interaction language. In addition, the conversational agents are able to analyze user need without having a complete input. It is achievable based on the analysis and updated probability value used in the calculation of Bayes algorithm. Keywords: Bayes Algorithm, Pattern Matching, Conversational Agent PENGENALAN Agen bualan merupakan satu sistem yang membekal maklumat kepada pengguna dalam bentuk dialog. Capaian maklumat dan memetik maklumat adalah mengenai mencari jawapan berdasarkan soalan tertentu (Bayan et al. 2004). Jacques (2005) pula menyatakan, perbualan adalah rangka kerja umum untuk pengurusan struktur proses pembelajaran yang baik. Sistem ini memahami kehendak pengguna dan memberi perkhidmatan yang diperlu oleh pengguna dengan mengguna dialog yang diterima. Capaian maklumat dalam pangkalan data oleh sistem memerlukan input yang lengkap daripada pengguna dan ini menimbul masalah apabila berlaku kesamaran pada input. Untuk mengatasi kelemahan ini, kajian ini mencadangkan penggunaan alkhwarizmi Bayesian dengan mengguna nilai kebarangkalian yang dijana secara automatik. Perbualan dalam talian semakin meningkat penggunaannya dalam kalangan pengguna rangkaian internet dan komputer. Perbualan dalam talian merujuk kepada komunikasi melalui talian internet, memfokus kepada perbualan one-on-one dengan mengguna perkakasan seperti Internet Relay Chat (IRC) (Aida 2004). Secara amnya, perbualan dalam talian merupakan satu