BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences Volume 5, Issue 2, 2022 23 Sirah Nabi Muhammad SAW dalam Novel 'Dia': Karya Mohd Labib Ahmad [The Story of Prophet Muhammad PBUH in Novel ‘Dia authored by Mohd Labib Ahmad] Nurhasma Muhamad Saad, 1* Yuslina Mohamed, 1 Wan Moharani Mohammad, 1 Muhammad Marwan Ismail, 1 Zulamali @ Abdul Aziz Matassan 2 1 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. E-mail: nurhasma@usim.edu.my; yuslina@usim.edu.my; moharani@usim.edu.my; marwanismail@usim.edu.my 1 Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Simpang 347, Jalan Pasar Gadong, Bandar Seri Begawan, BRUNEI. E-mail: zulamali.hjmatassan @unissa.edu.bn * Corresponding Author: nurhasma@usim.edu.my Abstrak Sirah Nabi Muhammad SAW adalah rakaman keseluruhan perjalanan dan jejak-jejak kehidupan baginda SAW secara terperinci. Manakala menghayati sirah Nabi umpama menyelusuri dan menguraikan perjalanan hidup baginda yang penuh warna sejak dari lahirnya hingga wafat baginda. Perjalanan kehidupan baginda yang penuh dengan makna tersirat dan kaya dengan nuansa. Keunggulan kisah perjalanan hidup yang amat menarik, sentiasa mendapat tempat dan perhatian serta memberi inspirasi kepada karyawan dalam menghasilkan pelbagai penulisan terutamanya penulisan karya sastera. Intisari kisah perjalanan hidup dan keperibadian Nabi SAW dibicara dan dikupas dengan meluas dalam pelbagai genre sastera sama ada puisi dan prosa. Pembacaan karya sastera boleh membangunkan diri insan, sama ada jiwa dan pemikirannya. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti adaptasi sirah Nabi Muhammad SAW yang dieksploitasi oleh penulis dalam novelnya yang berjudul DIA . Kajian ini adalah kajian deskriptif kualitatif yang menggunakan metode analisis struktural, iaitu dengan menganalisis aspek-aspek pembinaan dan struktur karya sastera dalam novel DIA yang diadaptasi dari sirah Nabi SAW melalui penelitian unsur-unsur estetika, artistik dan keunikan sastera yang terdapat di dalamnya seperti tema, judul, plot, watak dan perwatakan, teknik penceritaan dan latar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mohd Labib Ahmad berjaya menyampaikan sirah Nabi Junjungan Muhammad SAW dalam bentuk karya kreatif yang berkesan dan penghayatan yang mendalam untuk tatapan pembaca dan pencinta Rasulullah. Kata kunci: sastera Islam, novel Melayu, Dia, Nabi Muhammad, analisis struktur. Abstract The sirah of Prophet Muhammad SAW is a detailed recording of the entire journey and footstep of the life of Prophet SAW. While understanding and appreciating the story of the Prophet is like tracing and describing the journey of his life which is very colorful along his birth till his death. Furthermore, the journey of his life story has implicit meaning and rich in nuances. The excellence of his journey is very interesting, it takes place, attention and it inspires writers or novelist in producing various writings, especially the writing of literary works. In addition, his journey in his life story and his personality are being discussed extensively in various literary genres whether it’s poetry and prose. The understanding of literary content can develop the human self, both soul and mind. Therefore, this article aims to identify the adaptation of the story of the Prophet Muhammad SAW that was exploited by the author in his novel entitled DIA. This study is a qualitative descriptive study that implements method of structural analysis by analyzing the construction and structure of literary works in the novel DIA which is adapted from the story of the Prophet SAW through the rigorous study of aesthetic, artistic and unique literary elements such as themes, titles, plots, characters with its Article BITARA Volume 5, Issue 2, 2022: 23-50 © The Author(s) 2022 e-ISSN: 2600-9080 http://www.bitarajournal.com Received: 23 April 2022 Accepted: 21 Mei 2022 Published: 20 Jun 2022 BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences