ISSN : 1985-5826 RESEARCH NOTES AJTLHE Vol. 5, No.2, July 2013, 75-76 Penambahbaikan Antara Muka Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) UKM Azizah Jaafar, Shahrir Abdullah Azian Abd. Latif Thomas Paraidathathu Wan Noorina Wan Ahmad Sity Daud Juhana Salim Universiti Kebangsaan Malaysia Latar Belakang Kajian Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) ialah sistem yang disediakan untuk menilai kualiti pengajaran kursus di UKM daripada perspektif pelajar. Walau bagaimanapun, sistem telah diubah namanya kepada Sistem Pengajaran dan Penilaian pada tahun 2012 kerana mengambil kira elemen penyeliaan dalam program pengajian, terutamanya program pengajian siswazah. SPPK merupakan salah satu sistem maklum balas pelajar yang memberi input penting untuk penambahbaikan kualiti program pengajian secara berterusan yang dijalankan di semua fakulti. Satu kajian dijalankan terhadap SPPK UKM tersebut. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti masalah kepenggunaan yang terdapat dalam SPPK yang ditambah baik yang mana dalam kajian ini dipanggil SPPKP. Kajian penambahbaikan SPPK dilakukan berasaskan hasil penilaian kepenggunaan yang dijalankan. Kajian untuk mendapatkan maklum balas pelajar terhadap antara muka SPPKP dilakukan. Kajian penilaian kepenggunaan ini dijalankan melalui persampelan rawak berstrata terhadap pelajar UKM. Kaedah kajian ialah pemerhatian melalui penjejakan anak mata, soal selidik dan temu bual. Hasil kajian dapat menyingkap masalah kepenggunaan yang berkemungkinan masih lagi memberi impak kepada keberkesanan antara muka SPPKP yang telah direka bentuk. Cadangan penambahbaikan dicadangkan pada akhir kajian. Kaedah Kajian Kajian eksperimen dijalankan dalam persekitaran makmal melalui penggunaan teknik penjejakan anak mata. Instrumen khusus yang digunakan ialah SMI BeGaze-Experiment Suite 360. Tingkah laku pengguna, terutamanya melalui pergerakan anak mata semasa meneroka antara muka SPPKP dikaji.Kajian dijalankan melibatkan tiga elemen utama kepenggunaan yang ditakrif oleh ISO iaitu pengguna, tugasan dan persekitaran. elajar UKM melakukan tugasan yang telah ditentukan dan eksperimen penggunaan tersebut dilakukan dalam persekitaran makmal. Secara umum, kerangka kajian terdiri daripada tiga fasa yang menggunakan kaedah kajian berbeza, iaitu: (i) menggunakan peralatan penjejak anak mata di persekitaran makmal, (ii) menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibangunkan dalam kajian terdahulu (Azizah et al., 2011) dan (iii) temu bual. brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository