Journal of Contemporary Islamic Law, (2019) Vol. 4(1): 29-40 e-ISSN: 0127-788X 29 Bitcoin: Analisis Mata Wang Maya Menurut Perspektif Siyāsah Shar’iyyah Bitcoin: An Analysis on Virtual Currency from Siyasah Shar’iyyah Perspective MUHAMMAD AMIR HUSAIRI CHE RANI, Universiti Kebangsaan Malaysia AHMAD DAHLAN SALLEH, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Bitcoin adalah salah satu daripada mata wang maya yang sangat popular dalam komuniti maya. Muncul dengan pelbagai inovasi dalam fokus mengubah sistem monetari dunia, bitcoin berhadapan dengan kekangan legitimasi, ketiadaan regulasi dan menjadi wadah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang. Secara umumnya, artikel ini akan memfokuskan perbincangan tentang mekanisme operasi bitcoin serta maṣlaḥah dan mafsadah yang wujud dalam sistem kewangan bitcoin dalam langkah merealisasikan konsep ḥifẓ al-Māl. Selain itu, kertas ini juga menyenaraikan beberapa pandangan ilmuan Islam dan beberapa fatwa berkaitan status bitcoin menurut syariah dan melakukan analisis terhadap relevansi penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran menurut perspektif siyāsah shar c iyyah. Hasil perbincangan ini menjelaskan hujah dan sebab serta hukum penggunaan bitcoin sebagai mata wang dan alat pembayaran menurut Shariah. Kata kunci: Bitcoin, maṣlaḥah dan mafsadah, fatwa, ḥifẓ al-māl, siyāsah shar’iyyah ABSTRACT Bitcoin is the most popular virtual currency in a virtual community. Appearing with various innovations that focus on transforming the worldwide monetary system, bitcoin is confronted with legitimacy constrain, absence of regulation and becomes a platform of legal violation. In general, this article will discuss on the mechanism of bitcoin operation as well as maṣlaḥah (best interest) and mafsadah (harm) that exist in the bitcoin financial system in the actualization of the concept of ḥifẓ al-Māl (safeguarding properties). Moreover, this article also lists some views of Islamic scholar and fatwas related to the status of bitcoin according to Shariah and conduct analysis on the relevance of bitcoin usage as a medium of payment according to the perspective of siyāsah shar’iyyah. The outcome of this discussion explains the arguments, reasons and the laws of bitcoin usage as currency and means of payment according to Shariah. Keywords: Bitcoin, maṣlaḥah and mafsadah, fatwa, ḥifẓ al-māl, siyāsah shar’iyyah PENGENALAN Bitcoin merupakan salah satu daripada mata wang maya yang menjadi fenomena baharu di seluruh pelusuk dunia pada masa kini. Kemunculan bitcoin pada 2009 dianggap sebagai mata wang alternatif kepada mata wang fiat yang sedia ada dalam urus niaga di abad ini. Dengan berpaksikan kepada konsep freedom of payments, permintaan kepada bitcoin melonjak naik kerana pengguna bitcoin bebas melakukan transaksi. Penggunaan kriptografi yang mengawal pergerakan bitcoin menjadikan bitcoin mata wang global pertama yang tidak diregulasi oleh mana-mana agensi berautoriti (Meera 2018). Tanpa regulasi kerajaan pengguna bitcoin tidak perlu risau kepada peruntukan dan sekatan undang-undang dalam urus niaga yang dilakukan. Kemunculan bitcoin sebagai mata wang disentralisasi pertama di dunia telah menarik minat pelabur dalam menggunakan bitcoin sebagai alat pembayaran. Sebanyak 10,0000 urus niaga direkodkan menerima bitcoin sebagai alat pembayaran dalam urus niaga mereka. Tambahan lagi terdapat pandangan mengatakan bahawa bitcoin adalah mata wang yang halal menurut perundangan Islam (Meera 2018). Ini dapat merancakkan lagi penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran dalam kalangan umat Islam. Namun adakah bitcoin benar- benar halal menurut perundangan Islam? Adakah bitcoin mata wang yang selamat digunakan dalam urus niaga sebagai alat pembayaran? Persoalan ini timbul setelah berlaku beberapa permasalahan yang melibatkan urus niaga bitcoin seperti penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran dalam urus niaga narkotik yang menyalahi undang-undang dan kehilangan bitcoin semasa proses pertukaran di Mt. Gox pada Februari 2014 (Yermack 2014). Kertas ini akan membincangkan penggunaan bitcoin sebagai mata wang dan alat pembayaran menurut perspektif syariah. Selain itu, kertas ini membincang relevansi bitcoin sebagai mata wang perlu milik menurut maqāṣid al-Sharī c ah dengan membandingkan antara maṣlaḥah dan mafsadah. Tambahan lagi, analisis terhadap status bitcoin sebagai mata wang yang diiktiraf oleh negara menurut siyāsah shar c iyyah akan dilakukan dengan melakukan pertimbangan antara maṣlaḥah dan mafsadah bagi mengenalpasti status relevansi bitcoin sebagai mata wang yang baik atau tidak. BITCOIN DAN MEKANISME OPERASI Bitcoin adalah satu versi wang tunai elektronik yang membolehkan pembayaran secara dalam talian