eISSN: 1823-884x Volume 22, Issue 1, DOI: https://doi.org/10.17576/ebangi.2025.2201.50 e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities https://ejournal.ukm.my/ebangi Artikel Integrasi Maqasid Syariah dalam Promosi Hotel Patuh Syariah melalui Media Sosial berdasarkan Sorotan Literatur (Integration of Maqasid Syariah in the Promotion of Shariah-Compliant Hotels through Social Media: A Literature Review) Siti Nur Husna Abd Rahman 1* , Rafidah Mohd Azli 1 , Nursafra Mohd Zhaffar 2 , Muhammad Adnan Pitchan 3, Khairul Hamimah Mohammad Jodi 4 & Nabilah Huda Zaim 1 1 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kampus Kuala Pilah, Kampus Kuala Pilah, Pekan Parit Tinggi, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia 2 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kampus Rembau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia 3 Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia 4 Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Terbuka Malaysia, Menara OUM, Blok C, Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia * Pengarang Koresponden: 2022416422@student.uitm.edu.my Diserah: 15 Disember 2024 Diterima: 20 Februari 2025 Abstrak: Maqasid Syariah merujuk kepada prinsip yang dirancang untuk menjaga dan melindungi lima aspek penting dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Prinsip-prinsip ini menjadi asas dalam memastikan kesejahteraan individu dan masyarakat yang mana ianya selaras dengan matlamat utama syariah untuk membawa kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Dalam konteks moden hari ini, Maqasid Syariah memainkan peranan penting sebagai panduan dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan ekonomi, perniagaan, dan pembangunan sosial. Justeru, kajian ini bertujuan mengintegrasikan Maqasid Syariah dalam promosi hotel patuh syariah melalui media sosial. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian dokumentasi, ia meneliti sumber-sumber yang relevan dan menganalisis bagaimana prinsip Maqasid Syariah boleh diterapkan dalam strategi pemasaran digital hotel patuh syariah. Hasil analisis menunjukkan bahawa penerapan Maqasid Syariah dalam media sosial mampu meningkatkan kesedaran pelancong Muslim terhadap hotel yang mematuhi syariah dengan penekanan kepada prinsip seperti pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Selain itu, perbincangan turut melibatkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan promosi melalui platform digital, termasuk kekeliruan mengenai pengertian syariah serta persaingan yang semakin meningkat dalam industri perhotelan halal. Sebagai saranan, hotel patuh syariah disarankan memanfaatkan media sosial secara efektif untuk menarik perhatian pelancong Muslim serta memperkukuh imej sebagai destinasi yang mengutamakan prinsip syariah. Kata kunci: Maqasid Syariah; Hotel Patuh Syariah; media sosial; promosi pemasaran digital; pelancong Muslim; Industri Perhotelan Halal; penerapan syariah Abstract: Maqasid Syariah refers to principles designed to safeguard and protect five key aspects of human life: religion, life, intellect, lineage, and wealth. These principles serve as the foundation for ensuring the well- being of individuals and society, aligning with the primary objective of syariah to promote benefits and prevent harm. In today’s modern context, Maqasid Syariah plays an important role as a guide in various fields,