Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3,2018 78 BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA: PENCAPAIAN DAN CABARAN Johan Afendi Ibrahim 1 , Norhanim Abdul Razak dan Mohamad Zaki Ahmad, ABSTRAK Kos sara hidup merupakan isu yang seringkali menjadi perbualan di kalangan rakyat. Peningkatan harga barangan asas menyebabkan rakyat merasa terbeban terutama sekali yang tinggal di kawasan bandar dan mempunyai bilangan isirumah yang ramai. Isu ini telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan memperkenalkan satu program untuk mengatasi permasalahan ini. Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2012 bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup kepada golongan berpendapatan rendah kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bantuan ini memberi kemudahan kepada penerima untuk membeli barangan keperluan asas sepanjang tahun. Ia merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Program Transformasi Kerajaan bertujuan untuk mengagihkan subsidi kepada golongan sasar daripada subsidi pukal kepada subsidi tersusun. Program ini telah berjalan sehingga kini dan beberapa penambahbaikan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan penerima mendapat pelbagai manfaat hasil daripada program ini. Bagi mengetahui perlaksanaan dan pencapaian program ini, satu kajian telah dilakukan terhadap penerima bantuan di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kertas kerja ini membincangkan latar belakang program, insentif yang disediakan, penerima dan jumlah pembiayaan, hasil kajian serta cadangan untuk penambahbaikan program ini. Kata kunci : kos sara hidup, BR1M, Program Transformasi Kerajaan 1.0 PENGENALAN Pada bulan April tahun 2009, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan. Program ini mempunyai dua objektif iaitu mentransformasikan jentera kerajaan agar lebih efektif dalam penyampaian dan perkhidmatan serta bertanggungjawab atas keberhasilan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Sebanyak tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dikenalpasti untuk mencapai Program Transformasi Kerajaan meliputi mengurangkan jenayah, membenteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar, mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam bandar dan menangani kos sara hidup rakyat (Jabatan Penerangan Malaysia, 2008). Di bawah NKRA menangani kos sara hidup rakyat, kerajaan telah melancarkan lima program utama seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Baucar Buku 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan Menu Rakyat 1 Malaysia. Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini memfokuskan kepada pembelian barangan keperluan asas sepanjang tahun meliputi 1 Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah ; afendi@uum.edu.my, norhanim@uum.edu.my, zaki.ahmad@uum.edu.my ID11 brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository