SEJARAH SISTEM PERBURUHAN DI BORNEO UTARA (1881-1941)
History of Labour System in North Borneo (1881-1941)
SYAIB BIN AHMED
1
MAUREEN DE SILVA
2
1&2
Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota
Kinabalu, Sabah
E-mel: syaibahmed@ymail.com; maureend@ums.edu.my
Tarikh Dihantar: Ogos 2020 / Tarikh Diterima: November 2020
Jurnal Borneo Arkhailogia, Volume 5(1), Disember 2020
E-ISSN 2600-8726© Syaib bin Ahmed & Maureen De Silva
Abstrak
Penghapusan amalan perhambaan mengakibatkan Borneo Utara tidak
mempunyai sistem buruh yang teratur untuk mengatasi masalah kekurangan
tenaga kerja. Namun, penguatkuasaan undang-undang membenarkan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) memperkenalkan sistem buruh.
Sistem buruh ini kemudian membolehkan SBUB merekrut tenaga kerja dan
meningkatkan lagi pembangunan ekonomi di Borneo Utara. Objektif makalah
ini adalah untuk menganalisis pelaksanaan sistem buruh yang diperkenalkan
di Borneo Utara oleh SBUB dari tahun 1881 hingga 1941. Makalah ini ditulis
dengan merujuk kepada sumber utama yang diperoleh dari Arkib Negeri Sabah.
Sumber rujukan yang digunakan termasuklah fail pentadbiran kolonial, British
North Borneo Herald (BNBH), Pelbagai dan Warta Rasmi. Sumber sekunder
seperti buku dan jurnal juga dirujuk sebagai sumber analisis perbincangan.
Kajian ini mendapati terdapat dua jenis kontrak digunakan ke atas buruh-
buruh yang bekerja di Borneo Utara iaitu kontrak bertulis dan kontrak lisan.
Kontrak bertulis yang wujud dalam bentuk indentur dan kontrak biasa akan
diaplikasikan ke atas buruh-buruh imigran, manakala buruh tempatan akan
dikenakan kontrak lisan.
Kata kunci: Sistem perburuhan, perundangan buruh, SBUB, Borneo Utara.
Abstract
The abolition of the practice of slavery resulted in North Borneo not having a
well-organized labor system to address the problem of labor shortages. However,
law enforcement allowed the British North Borneo Chartered Company (SBUB)
to introduce a labor system. This labor system then enabled SBUB to recruit
manpower and further enhance economic development in North Borneo. The
objective of this paper is to analyze the implementation of the labor system
introduced in North Borneo by SBUB from 1881 to 1941. This paper was written