Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019 ______________ e-Prosiding SMTComm’19 (e-ISBN 978-967-16435-5-6) 140 ANJAKAN PEMIKIRAN MAHASISWA MELALUI KERTAS KERJA E-SAMS Mohd Dino Khairri Shariffuddin 1 , Laila Suriya Ahmad Apandi 2 & Muslimin Wallang 3 1 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, dino@uum.edu.my 2 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, laila@uum.edu.my 3 Universiti Utara Malaysia, Malaysia, muslimin@uum.edu.my ABSTRAK Perkembangan teknologi pada hari ini telah merebak bukan hanya sekadar di peringkat Kerajaan dan badan-badan organisasi swasta sahaja dengan terwujudnya perkhidmatan seperti e-banking, e- commerce, e-application, e-government, e-learning, e-aduan dan UPU online. Kini setelah beberapa Universiti Awam (UA) memilih untuk mengantikan pendekatan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) melalui pendekatan e-undi termasuklah Universiti Universiti Utara Malaysia (UUM) uang mula melaksanakannya semenjak tahun 2014 dengan pelbagai penambahbaik seperti dengan adanya e-pencalonan pada tahun 2018. Kini UUM mengorak selangkah kehadapan lagi apabila pada tahun 2016 melaksanakan pendekatan E-Student Affairs Management System (SAMS) bagi menggantikan penggunaan kertas kerja aktiviti yang telah diamalkan sejak sekian lama. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pendekatan dan kebaikan daripada penggunaan pendekatan E-SAMS di UUM. Kata kunci: E-SAMS, mahasiswa, kertas kerja akademik, kertas kerja aktiviti PENDAHULUAN Kumpulan mahasiswa universiti yang berhadapan dengan dunia teknologi pada ketika ini seharusnya dipermudahkan dengan apa sahaja tugasan atau tindakan, atau dengan erti kata lain maklumat adalah dihujung jari pengguna. Pada ketika ini adanya smart phone, adanya Doktor Google, perkongsian maklumat melalui Facebook dan jalur maklumat melalui wassup dan telegram. Kesemua keadaan tersebut menunjukkan bahawa manusia di zaman pertumbuhan teknologi ini mahukan sesuatu yang cepat, tepat, memudahkan dan dapat mengurangkan perbelanjaan. Oleh daripada itu, bukan sekadar pihak kerajaan dan swasta sahaja yang berjaya mendominasi perkhidmatan seperti e-banking, e- commerce, e- application, e-government, e-learning, e-aduan dan UPU online, teapi setelah kejayaan pihak Universiti membangunkan pendekatan e-undi, kini UUM memulakan langkah seterusnya dengan menggantikan penggunaan kertas kerja aktiviti kepada e-SAMS. Kertas kerja dan mahasiswa adalah merupakan dua perkara yang seringkali terkait selain daripada isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kos sara hidup mahasiswa mengikut sudut pandang penulis. Melalui sudut pandang penulis setiap mahasiswa pastinya tidak akan dapat lari daripada berhadapan dan melaksanakan kertas kerja samaada kertas kerja bersifat akademik atau kertas kerja aktiviti. Kertas kerja akademik yang dimaksudkan adalah kertas kerja yang menjurus kepada bentuk tugasan atau juga dikenali sebagai assignment bagi kursus-kursus yang diambil oleh pelajar. Manakala kertas kerja aktiviti pula adalah merupakan jenis kertas kerja yang berkaitan dengan jenis permohonan aktiviti ataupun program-program yang akan dilaksanakan oleh pelajar. brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository