PENELITIAN TERHADAP BUDAYA MERANTAU ORANG
MELAYU DALAM PERSURATAN SEJARAH
A REVIEW ON THE CULTURE OF MERANTAU IN THE MALAY
SOCIETY IN THE HISTORICAL LITERATURE
SYED AHMAD FATHI
Bahagian Sejarah,
Pusat Pendidikan Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia, 11800,
USM, Pulau Pinang, Malaysia
Penulis penghubung: fathi137@gmail.com
Dihantar/Received: 7 Julai 2024| Penambahbaikan/Revised: 20 August 2024
Diterima/Accepted: 30 November 2024 Terbit/ Published: 20 Disember 2024
DOI: https://doi.org/10.51200/manu.v35i2.5762
Abstrak Terdapat pelbagai tulisan yang telah muncul dalam sejarah
persuratan orang Melayu yang membolehkan kita membuat satu pentafsiran
kepada sifat orang Melayu itu. Namun, permasalahan pada kebanyakan
kajian dan penelitian adalah fokusnya yang hanya memaparkan aspek
politik dan ekonomi dalam kalangan orang Melayu. Aspek budaya dan sifat
orang Melayu jarang diberikan penekanan khusus. Oleh itu, penulisan ini
akan cuba mengetengahkan aspek budaya dalam kalangan orang Melayu
terutama pada budaya merantau. Penelitian ini akan menggunakan
metodologi kajian sumber lisan sebagai kaedah kajian. Selain itu,
menggunakan kaedah kajian kepustakaan, dua kajian kes telah dipilih untuk
diteliti dengan lebih terperinci bagi mendalami budaya perantauan orang
Melayu terutama di Kerian, Perak dan juga perantauan orang Melayu
Kedayan di Kepulauan Borneo. Hasil dari penulisan ini, dipastikan bahawa
orang Melayu itu memang mempunyai sifat dan budaya suka merantau.
Budaya orang Melayu yang sanggup berpindah ke tempat baharu untuk
mencari kehidupan ini dapat menangkis tafsiran-tafsiran prejudis kepada
orang Melayu terutama dalam penulisan orientalis dan penulisan kolonial
yang menyifatkan masyarakat peribumi Melayu sebagai malas dan tidak
mempunyai kemahuan untuk berubah.
Kata kunci: Budaya merantau, orang Melayu, Kerian, Perak, Kedayan,
Borneo.
MANU Bil. 35 (2), 81-98, 2024 (Disember)
E-ISSN 2590-4086© Syed Ahmad Fathi