IQRA’: Unlocking the Hidden Reading Potentials Ambigapathy Pandian Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail Syed Yusof Syed Kechik Ahmad Sofwan Nathan Abdullah Fauzilah Md. Husain Debbita Tan Ai Lin Azril Ali Lee Bee Choo Geetha Munusamy Nadia Roselilyana Noordin Arbaeyah Hassan School of Languages, Literacies and Translation (SoLLaT) Universiti Sains Malaysia Abstrak: Tuntutan masyarakat kontemporari telah mewajibkan pelajar menguasai kemahiran literasi yang diperlukan untuk melakukan pelbagai tugasan yang semakin kompleks. Kekurangan kemahiran membaca ialah salah satu penghalang mengoptimumkan potensi insan dan organisasi. Malahan, kajian menunjukkan bahawa hanya satu pertiga pelajar memiliki kemahiran asas literasi yang diperlukan untuk melakukan pelbagai jenis tugasan pembelajaran dan vokasional yang kaya dengan kemahiran dan pengetahuan. Kekurangan ini telah membantutkan keupayaan pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan mengoptimumkan keupayaan belajar dengan memaksimumkan potensi insan. Memandangkan situasi ini, kertas kerja ini mencadangkan pengamalan satu pendekatan alternatif untuk mengatasi kekurangan pembelajaran dalam kalangan pelajar tempatan. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan tabiat suka membaca yang akan mencungkil potensi yang masih terselindung. Pendekatan yang diberi nama IQRA’ ini adalah hasil gabungan pendekatan konstruktivisme dan teori respons pembaca. Gabungan dua pendekatan ini adalah untuk menggalakkan penguasaan strategi dan kemahiran literasi peringkat tinggi yang berkait rapat dengan pembacaan dan pemikiran kritis untuk membolehkan pelajar menjadi penyumbang yang aktif dan membina perkembangan individu dan organisasi. Projek ini merangkumi rangka kerja pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran secara bersama, kemudahan buku yang sesuai berdasarkan tahap kecekapan, perbincangan teks yang disarankan dan penyepaduan kemahiran membaca, penulisan, pendengaran dan pertuturan. Struktur dan kandungan tematik projek ini direka khas untuk membentuk kemahiran membaca berkualiti dengan memupuk kemahiran komunikasi yang efektif dan juga memberi peluang untuk interaksi antara perorangan, perkembangan diri, pembelajaran secara bermuafakat, pengoptimuman maksimum potensi sumber manusia dan perkembangan kemahiran pembelajaran. Projek ini juga bertujuan mengalakan penguasaan strategi pembacaan dalam kalangan peserta pada tahap kognitif dan meta-kognitif untuk menggalakkan pembacaan sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan dapat mengayakan pengetahuan. Selain itu, penguasaan bahasa sasaran dan perkembangan masyarakat berpengetahuan yang dapat mempertingkatkan perkembangan modal insaniah dan merangsang perkembangan masyarakat berpengetahuan selari dengan aspirasi nasional juga dibangunkan.