PERSEPSI PENAGIH DADAH TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING. KAJIAN DI PUSAT SERENTI DENGKIL, SELANGOR* * ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling di Pusat Serenti Dengkil, Selangor. Tumpuan kajian ini berdasarkan aspek bangsa, tempat tinggal, taraf pendidikan, kekerapan masuk ke pusat serenti dan tempoh tinggal di pusat serenti. Seramai 132 orang responden terdiri daripada penagih pelbagai bangsa telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Satu set soalselidik mengandungi 40 pernyataan mengenai persepsi telah digunakan dalam kajian ini. Enam hipotesis telah dibentuk dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah peratusan, ujian t, Anova dan kaedah deskriptif. Analisa kajian ini mencakupi dua bahagian iaitu bahagian pertama melibatkan latarbelakang responden dan bahagian kedua melibatkan soalan berkaitan persepsi penagih dadah terhadap perkhidmatan kaunseling. Keputusan secara keseluruhan menunjukkan penagih dadah mempunyai persepsi yang positif terhadap perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, keputusan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan penagih dadah mengikut pembolehubah bangsa, tempat tinggal, taraf pendidikan, kekerapan masuk ke pusat serenti dan tempoh tinggal di pusat serenti. Secara amnya, keputusan kajian ini * Kertas kerja Peringkat Kebangsaan dibentangkan di Konvensyen PERKAMA ke XI pada 26 Jun 2003 di Hotel Eden, Johor Bahru. Anjuran Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar (UPSP), Universiti Teknologi Malaysia dan PERKAMA.