PENDEKATAN TEMUBUAL SEBAGAI METOD KAJIAN KES. SUATU PERSEPSI DI KALANGAN PELAJAR PEREMPUAN CEMERLANG TERHADAP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.* * MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ABSTRAK Penyelidikan dijalankan ke atas enam orang pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat berusia di antara 15 hingga 16 tahun yang tidak pernah berjumpa kaunselor. Penyelidikan telah dijalankan di sebuah sekolah menengah harian bertujuan untuk mengkaji persepsi mereka terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Penyelidikan dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dengan pelajar. Perisian Atlas/ti versi 4.1 telah digunakan untuk menganalisis transkripsi temubual, membina tema, kategori dan subkategori persepsi pelajar-pelajar tersebut. Keputusan menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif dan percaya perkhidmatan tersebut boleh memberi bimbingan akademik dan kerjaya serta boleh membantu mereka menyelesaikan masalah. Namun fenomena itu masih belum cukup untuk mendorong mereka berjumpa kaunselor. Ini adalah kerana mereka masih mempunyai persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam aspek kerahsiaan, kurang bersedia berkongsi masalah, rasa rendah diri, dan tidak yakin kaunselor dapat menyelesaikan masalah peribadi mereka. * Kerrtas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di 3rd International Qualitative Research Convention 2005 on 21-23 August 2005 at Hotel . Anjuran QRAM dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.