PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM UNTUK MENANGGANI MASALAH TINGKAH LAKU SEKSUAL PELAJAR. SUATU KONSEP PEMIKIRAN. Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa & Sulaiman Shakib Mohd Noor Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Jazimin Jusoh Universiti Perguruan Sultan Idris Abstrak Kertas kerja ini berbentuk kertas konsep pemikiran tentang masalah remaja yang mencemaskan masa kini yang berkaitan dengan kerohanian iaitu tingkah laku seksual. Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Jabatan Agama Johor (JAJ) membuktikan bangsa Melayu dan beragama Islam paling ramai ditangkap dalam kesalahan juvana dan tingkah laku seksual. Penyelidik menimbulkan persoalan apabila Pendekatan Kaunseling Barat yang popular diamalkan masa kini dilihat tidak sesuai untuk menanggani masalah kerohanian pelajar apabila menyentuh aspek agama dan budaya. Justeru itu, penyelidik berpandangan sudah tiba masanya Pendekatan Kaunseling Islam perlu diperkenalkan sebagai suatu pendekatan alternatif untuk menangani kes yang melibatkan masalah kerohanian khususnya tingkah laku seksual. Ini ditambah dengan sumber Pendekatan Kaunseling Islam berteraskan Al Quran dan Al Sunnah dan Islam merupakan agama yang sesuai untuk merawat apa juga masalah kerohanian manusia tanpa mengira bangsa, agama, masa dan tempat. Di harap, Pendekatan Kaunseling Islam dapat digunakan sebagai pendekatan kaunseling alternatif, khususnya kepada kaunselor Islam apabila menghadapi kebuntuan untuk menanggani klien yang mengalami masalah kerohanian. 1.0 Pengenalan Langkah Perdana Menteri melancarkan program ‘satu keluarga, satu kaunselor’ pada 4 Februari 2007 menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencerminkan betapa seriusnya gejala sosial yang melanda golongan muda mudi masa kini. Antara masalah itu ialah ‘Mat Rempit’, penagihan dadah, gejala ponteng Kertas kerja ini dibentangkan di International Seminar On Islamic Science And Technology (INSIST’ 08) di PWTC, Kuala Lumpur dianjurkan PPIPS dan SPACE, UTM pada 18-19 Mac 2008.