KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL PERTANIAN KE ARAH PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG USAHA TANI Yahya Bin Buntat & Norakmal Binti Mohd Zahari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran asas pertanian di sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan menceburi bidang usahatani. Responden kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan empat yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Seramai 60 0rang pelajar dari sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terlibat sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 44 item soalan. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data diperolehi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS for window version 11,5) bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran asas pertanian sangat sesuai dipelajari oleh pelajar sebagai persediaan dalam kerjaya pertanian. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan mata pelajaran Sains Pertanian selari dengan keperluan kerjaya di dalam bidang pertanian iaitu meliputi min sebanyak 3.68, pelajar mempunyai kemahiran yang cukup dalam pendidikan Sains Pertanian adalah sebanyak 3.88, pelajar berminat dalam mata pelajaran Sains Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69 iaitu kesemua persoalan kajian berada pada tahap yang tinggi. Abstract: The research is introduced to identify the suitability of Agriculture basics skill at Agriculture Technical and Vocational school towards the preparation of joining the agriculture field. The respondents of this research were all students of Form 4, taking the Agriculture course. 60 students from SMK Teknik Bukit Piatu, Melaka were involved in this research. The research instruments used in this research was questionnaires which contained 44 question items. The validity of questionnaires was tested by using the Alpha Cronbach which the value was 0.875. The data were analyzed by using the program of SPSS for getting the frequency, and percentage. The research showed, the agriculture skill is very suitable for student as a preparation in the agricultural career. It’s also show that the syllabus of this Agriculture Science subject parallel with the career of agriculture needed and this show by the mean value 3.68, student have enough skill with mean 3.88, student are interested in Agriculture Science subject with meant 3.86 and the teacher give good lesson to their student with mean 3.69 and all of this showed that all of research question were at high level. Katakunci: kemahiran asas pertanian, usahatani Pengenalan Melalui buku Bacaan-Bacaan Untuk Penulis-Penulis Pertanian (Mohd Yusuf Hussain, 1976) Pendidikan Vokasional Pertanian di Malaysia terdapat dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang dikendalikan oleh pelbagai Kementerian Kerajaan dengan matlamat yang berasingan. Kebanyakan institusi-institusi latihan awam tidak seperti latihan-latihan vokasional dalam pengajian teknikal atau perdagangan dan institusi latihan vokasional pertanian tidak dikelolakan oleh sektor swasta di negara ini. Kedua-dua sektor awam dan swasta mendapatkan tenaga mahir mereka daripada punca yang sama iaitu daripada institusi-institusi latihan awam. (Mohd. Shah Lassim, 1976) Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan Sains Pertanian sebagai salah satu mata pelajaran terpilih. Di bawah Sistem Pelajaran Komprehensif yang diwujudkan