1 BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Drama moden di Malaysia muncul pada tahun 1950-an 1 dengan bentuk utamanya adalah penulisan skrip. Sebelumnya, drama tradisional telah berkembang dalam kesusasteraan Melayu sejak abad ke 13 dan 14. 2 Kebanyakan drama tradisional yang wujud ketika itu mempunyai imej ritual Hindu-Buddha seperti wayang kulit, makyung, bangsawan, randai dan boria. Persembahan ini hanya dimainkan tanpa bergantung kepada skrip sebagai asas cerita sebaliknya dilakonkan secara improvisasi. 3 Drama telah berkembang sealur dengan perubahan sosial masyarakat daripada masyarakat tradisional yang tertutup menjadi komuniti yang terbuka serta melangkaui ruas bangsa. Hal ini menimbulkan dinamisme kebudayaan masyarakat termasuklah seni drama. 4 Penulisan skrip menjadi ciri drama moden sehingga kini sama ada berbentuk pementasan pentas, televisyen, internet, video dan radio. Ia juga merupakan unsur penting drama kerana menguruskan binaan pergerakan watak daripada bahagian permulaan, pertengahan dan pengakhiran. 5 Penerangan yang berasaskan dialog serta arahan berperanan menyusun pergerakan drama menjadi menarik. Daya tarikan drama adalah apabila ia mampu mengikat 1 Rahmah Bujang (1994), Drama Melayu: Dari Skrip Ke Pentas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 10 2 Mana Sikana (2006), Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 4-5 3 Rahmah Bujang (1994), op. cit., h. 8 4 Ibid., h. 9 5 Syd Field (1990) Lakon Layar, Asas Penulisan Skrip, (terj. Raja Omar Ibrahim), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.1