AMALAN MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM KALANGAN GURU BESAR Baharom Bin Mohamad Jamaludin bin Hashim Ahmad Esa Rafiza Binti Hassan Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia baharom@uthm,.edu.my Jamaldin@uthm.edu.my johdi@iium.edu.my ahmad@uthm.edu.my rafidah@uthm.edu.my ABSTRAK Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar. Secara khususnya kajian ini dapat melihat aspek membuat keputusan yang terdiri dari empat aspek utama iaitu keadaan emosi, kesediaan mengambil risiko, penerimaan kritikan dan faktor-faktor membuat keputusan. Kajian dilakukan di sekolah rendah di negeri Johor. Seramai 60 orang responden yang terdiri dari guru besar yang dipilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab soal selidik dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Kajian mendapati amalan membuat keputusan mencatatkan skor min keseluruhan yang tinggi (min = 4.55, sp = 0.262). Dapatan kajian turut mendapati keadaan emosi mencatatkan (min = 4.57, sp = 0.35). Kesediaan mengambil risiko mencatatkan (min = 4.56, sp = 0.351 ), penerimaan kritikan mencatatkan (min = 4.57, sp = 0.315), faktor-faktor membuat keputusan mencatatkan (min = 4.53, sp = 0.468). Ini menunjukkan guru besar menguasai tahap yang tinggi ketika membuat keputusan. Manakala Ujian ANOVA Sehala pula mencatatkan F kiraan keseluruhan F (5,54) = 1.003. F kiraan bagi keadaan emosi F (5,54) = 1.364, kesediaan mengambil risiko F (5,54) = 0.685, penerimaan kritikan mencatatkan F (5,54) = 0.789 dan faktor-faktor membuat keputusan mencatatkan F(5,54) = 1.165. F kritikal pula mencatatkan F (5,54) = 2.45. Kajian turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara amalan membuat keputusan dari segi pengalaman. Kesimpulannya didapati bahawa amalan membuat keputusan mencatatkan penguasaan yang tinggi dalam guru besar. 1.1 Pengenalan Membuat keputusan sememangnya penting dalam kehidupan. Menurut Ainon Mohd (2003), akal adalah fitrah manusia untuk berfikir, tetapi dalam menggunakan akal biasa sesekali seseorang itu membuat keputusan yang salah kerana dia tidak menggunakan logik akalnya. Apa yang penting ialah keputusan mesti diambil untuk diri sendiri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Ahmad Atory Hussain (1991) menyatakan bahawa keputusan adalah dianggap baik jika ia berkesan apabila dilaksanakan. Setiap keputusan yang diambil adalah rasional tetapi ia adalah bergantung kepada situasi yang mengelilingi individu atau kumpulan dalam 1