The Malaysian Journal of Analytical Sciences, Vol 12, No 2 (2008): 397 - 402 397 PERUBAHAN CIRI-CIRI SEDIMEN TERHADAP MUSIM DAN KADAR PEMENDAPAN DI HUTAN PAYA BAKAU SETIU, TERENGGANU Kamaruzzaman Yunus 1 *, Hasrizal Shaari 2 , Jamil Tajam 2 , Noor Azhar Mohd Shazili 2 dan Misbahul Mohd Amin 2 1 Institute of Oceanography and Maritime Studies, International Islamic University Malaysia, Jalan Istana, 25200 Kuantan, Pahang. 2 Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu, 21030, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. *Corresponding author: kama@iiu.edu.my Abstrak Sampel permukaan yang di ambil dari 4 transet (50 stesen persampelan) di hutan paya bakau Setiu dianalisa ciri-ciri sedimen. Ciri-ciri sedimen di kawasan kajian menunjukkan perubahan yang signifikan (P<0.05) terhadap musim. Saiz sedimen (Ø) didapati meningkat pada musim monsun dan sebaliknya ketika musim bukan monsun. Dalam kajian ini, 230 Th ekses digunakan bagi menentukan kadar pengenapan dan sebanyak 0.61 cmthn -1 telah diperolehi. Sekiranya kadar pengenapan yang diperolehi diambil kira, hutan paya bakau di Setiu berkemungkinan berada dalam peringkat belum matang dengan anggaran usia lebih kurang 163 tahun. Katakunci: Hutan paya bakau, 230 Th ekses , ciri-ciri sedimen Abstract Surface sediment samples from the mangrove forest of Setiu river were analysed for the grain size analysis in order to understand better the accretion processes in the mangrove environment. There is a significant (P<0.05) relationship between sediment characteristics with the seasonal changes with a decreasing mean particle size occurring during monsoon seasons. The accretion rate in this study was determined using 230 Th excess and an average accretion rate of about 0.61 cmyr -1 was obtained. Those fairly high average accretion rates obtained indicating that this mangrove may be still prograding and in an immature stage with an estimated age of 163 years. Keywords: Mangrove, 230 Th excess sediment characteristic Pengenalan Hutan paya bakau merupakan salah satu ekosistem pantai yang lazim terdapat di kebanyakan negara tropika. Ianya merupakan satu sumber semulajadi yang amat berharga, namun di kebanyakan kawasan kadar kemusnahan hutan paya bakau adalah sangat membimbangkan. Kawasan hutan paya bakau biasanya mempunyai kadar pemendapan yang tinggi, berupaya memerangkap sedimen samada daripada sumber daratan, sungai dan mineral-mineral daripada lautan yang dibawa masuk ke dalam sistem muara. Sedimen yang dibawa ke kawasan hutan paya bakau akan mengalami satu proses biasa di mana bahan terampai yang dibawa ke belakang atau ke hadapan akan termendap secara kekal ataupun sementara di antara akar pokok-pokok paya bakau. Walau bagaimanapun, kebarangkalian untuk sedimen terhakis atau termendap banyak bergantung kepada kekerapan dan tempoh berlaku air pasang [1]. Kajian berhubung mekanisma pengangkutan sedimen di dalam hutan paya bakau kurang mendapat perhatian walaupun secara pemerhatian didapati terdapat aliran bersih sedimen yang halus di dalam hutan paya bakau [2]. Arus yang membawa enapan terampai akan menjadi perlahan akibat daripada kepadatan tumbuhan yang tinggi di dalam hutan paya bakau [3,4]. Walau bagaimanapun tidak banyak kajian berkaitan akar hutan paya bakau dijalankan bagi mengenalpasti kesan aliran arus dan peranan proses pengenapan sedimen. Di Malaysia, kajian berhubung hutan paya bakau kurang diterbitkan dan hanya sedikit maklumat yang didokumentasikan terutamanya yang berkaitan dengan biologi dan ekologi hutan paya bakau dalam persekitaran semulajadi [5,6]. Tidak banyak maklumat mengenai peranan alur dan proses pemendapan di hutan paya bakau [7]. Ramai berpendapat kewujudan alur hanya sebagai satu ciri morfologi, di mana ianya bertindak sebagai saluran