Pendidikan Sains 1 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012 KAEDAH NYANYIAN DALAM MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 DALAM TOPIK MAGNET Hisyamuddin Abdul Razab 1 Amir Hamzah Sharaai 2 1 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 2 Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia : evergreen_lost@yahoo.com Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012 ABSTRAK Miskonsepsi boleh diertikan sebagai salah faham, keliru, delusi, salah fikiran, salah perhitungan, salah pegangan dan pelbagai lagi. Perkara seumpama ini sering berlaku kepada murid-murid di sekolah rendah. Nyanyian merupakan gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara, bunyi atau suara yang berirama dan berlagu (Kamus Pelajar, 1995). Wagner dan Zeigler (1982) menyebut bahawa lagu merupakan penyampaian informasi serta pernyataan perasaan dalam bentuk berirama. Kajian membuktikan miskonsepsi atau salah faham boleh diatasi dengan menggunakan teknik ataupun kaedah ini. Oleh yang demikian, dalam kajian ini,saya akan menggunakan pendekatan tersebut,iaitu kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah miskonsepsi atau salah fakta berhubung dengan topik Magnet Tahun 3. Dalam kajian ini, ujian pra akan digunakan untuk mengenalpasti salah faham dan temubual akan mengesahkan salah faham tersebut. Keputusan kajian menunjukkan 5 orang responden yang mengalami masalah miskonsepsi tersebut dapat diatasi. Oleh itu, kajian ini menyokong kenyataan daripada kajian sebelumnya yang menyimpulkan penggunaan kaedah nyanyian dapat mengatasi salah fakta dikalangan murid-murid Kata kunci: Miskonsepsi, teknik nyanyian, topik Magnet Tahun 3 PENGENALAN Kajian ini merupakan satu usaha berterusan ke arah mengkaji keberkesanan dalam menggunakan kaedah muzik dalam proses pembelajaran dan pengajaran, (p&p). Usaha ini merupakan satu usaha murni yang sentiasa berpaksikan kepada teras utama matlamat pendidikan yang mana ingin memastikan para pelajar dapat memahami dan juga mengingat suatu hasil pelajaran dengan lebih efektif dan bermakna. Kajian ini juga termasuklah dengan menguji sejauh mana keberkesanan penggunaan muzik dalam pendekatan tersebut dapat membantu para pelajar dan juga guru secara amnya dalam aktiviti p&p. Walaupun telah nyata pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan umumnya, tentang bagaimana untuk meningkatkan tahap pendidikan, namun ia masih lagi lagi tidak mencukupi kerana ia memerlukan pelaksanaan daripada guru dan murid itu sendiri. Matlamat pendidikan kebangsaan yang telah digubal oleh kementerian pendidikan kerajaan