Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM 19) UiTM Pulau Pinang, 9-11 November 2011 Preliminary Analysis of using Animated Pedagogical Agent (APA) to Reduce Mathematics Anxiety (Kajian Awal Penggunaan Agen Pedagogi Animasi (APA) untuk Mengurangkan Kegelisahan Matematik) Nurkaliza Khalid 1 1 Jabatan Kemahiran dan Kursus Teras, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 1 nurkaliza@kuis.edu.my ABSTRACT Teaching mathematics to non-specialist undergraduate students has become particularly problematic in recent years due to a general decrease in the mathematical skill exhibited by students leaving schools and entering higher education. This article is a concept article based on portions of literature review cum preliminary study from a research that is still ongoing. The main objective of this study is to explain about the requirement analysis and propose a conceptual model for exploring the prospect of adopting animated pedagogical agents (APA) in education domain. APA are known to possess great potential in supporting the learning process because of their ability to simulate a real classroom learning environment. The research sample is comprised of undergraduate students from the Faculty of Science and Information Technology (FSTM), KUIS. The main instrument applied in this preliminary analysis is a questionnaire which is used to identify the level of mathematics anxiety exhibited by these students. The data has been analyzed using SPSS version 17.0. The findings showed that the students have medium level of mathematics anxiety. It is hoped that by implementing APA in mathematics learning, it can help to reduce the problems of mathematics anxiety. The benefit of this study is for teachers and students alike. It provides the teachers with a new form of teaching aids and transforms the learning session to be more interactive, attractive, and effective. As for the students, it assists in detecting and reducing their mathematics anxiety and at the same time changing the paradigm of mathematics learning curve. Keywords: animated pedagogical agents, mathematics anxiety ABSTRAK Pengajaran matematik kepada pelajar yang bukan dari pengkhususan matematik telah menjadi suatu masalah pada beberapa tahun kebelakangan disebabkan penurunan kemahiran matematik di kalangan pelajar yang meninggalkan sekolah menengah dan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Artikel ini merupakan sebuah artikel konsep berdasarkan laporan kajian tinjauan dan kajian awal bagi suatu penyelidikan yang sedang berlangsung. Objektif utama kajian ini adalah untuk menerangkan analisa keperluan dan mencadangkan model konseptual untuk meneroka prospek menggunakan agen pedagogi animasi (APA) dalam domain pendidikan. APA terkenal kerana mempunyai potensi yang tinggi untuk menyokong proses pembelajaran disebabkan kebolehan agen untuk mensimulasikan persekitaran pembelajaran yang sebenar. Sampel kajian adalah pelajar- pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), KUIS. Instrumen utama yang digunakan dalam analisa awal untuk mengenalpasti tahap keresahan matematik di kalangan para pelajar adalah soalselidik. Data kajian telah dianalisa menggunakan SPSS versi 17.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai tahap keresahan matematik yang sederhana. Penggunaan APA dalam pengajaran matematik adalah diharapkan dapat mengurangkan masalah kegelisahan matematik. Kebaikkan kajian adalah meliputi kedua-dua guru dan pelajar. Kajian membekalkan guru dengan bahan bantu mengajar yang dapat mengubah sesi pengajaran menjadi lebih interaktif, menarik dan berkesan. Manakala bagi pelajar, ia membantu mengesan dan mengurangkan tahap keresahan matematik serta mengubah paradigma pelajar terhadap pembelajaran matematik. Katakunci: agen pedagogi animasi, kegelisahan matematik