Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 35-39 Pembangunan Instrumen Penyelesaian Masalah Sains (Development of Problem Solving in Science Instrument) ABDUL HALIM, LILIA HALIM, T. SUBAHAN MOHD MEERAH & KAMISAH OSMAN ABSTRAK Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti pola penyelesaian masalah sains oleh pelajar, guru, dan pakar. Instrumen yang diguna pakai dalam penyelidikan meliputi masalah rutin, masalah bukan rutin, soal selidik tentang penyelesaian masalah rutin dan bukan rutin. Langkah-langkah pembangunan instrumen penyelesaian masalah sains meliputi pembinaan soalan rutin dan bukan rutin, pembinaan item soal selidik penyelesaian sains, pengesahan pakar dan kajian rintis bagi mendapatkan pengesahan dan pekali kebolehpercayaan. Masalah rutin dan bukan rutin didapati daripada kajian literatur dan ubahsuaian daripada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Fizik, Kimia, dan Matematik. Manakala pembinaan item-item soal selidik merujuk kepada takrifan konstruk berasaskan kajian literatur. Skema pemarkahan analitik penyelesaian masalah soalan rutin dan bukan rutin dibina dengan merujuk kepada cadangan pakar. Pengesahan kandungan dan muka instrumen dilakukan oleh enam pakar sains dan matematik. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa alpha Cronbach item soal selidik di antara julat 0.70 hingga 0.90. Manakala julat pekali korelasi antara item 0.14 hingga 0.35. Tahap-tahap pembentukan instrumen yang dijalankan dalam kajian ini dapat diguna pakai bagi bidang sains lain. Kata kunci: Penyelesaian masalah sains, soalan rutin, soalan bukan rutin, pengukuran, pola ABSTRACT The aim of this research is to identify the science problem solving patterns espoused by students, teachers, and experts. The instrument used in this research consists of routine and non-routine problems as well as questionnaires of routine and non-routine problem solving. The steps of developing the g instrument involve development of routine and non-routine problems, development of questionnaire items of science problem solving, expert evaluation, and pilot test of the instrument to determine the validity and reliability of the instrument. The non-routine and routine problems were based on literature review and modification of questions from Sijil Pelajaran Malaysia examination for Physics, Chemistry and Mathematics. The development of questionnaire items refers to the definitions of construct based on the literature review. The analytical marking scheme of the routine and non-routine problem solving were developed based on the suggestions of expert. The content and face validity of the instrument was done by six experts. The result of the pilot test shows that the range of the Cronbach alpha is between 0.70 to 0.90. Where as the inter-item correlation coefficients are from 0.14 to 0.35. The development and validating steps of the instrument that can be applied to other field of science Keywords: Science problem solving, routine problem, non-routine problem, assessment, patterns PENGENALAN Penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai suatu proses bagi mencapai matlamat masalah. Goldstein dan Levin (1987) menyatakan bahawa penyelesaian masalah ialah suatu proses kognitif yang berperingkat tinggi dan memerlukan pemodelan serta pengawalan kemahiran- kemahiran yang lebih rutin. Schoenfeld (1985) menyatakan penyelesaian masalah sebagai satu proses kompleks yang melibatkan pelbagai operasi kognitif seperti mengumpul dan menapis maklumat, strategi heuristik, dan metakognitif. Menurut Gardner (2002), penyelesaian masalah adalah suatu proses yang terancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh. Mayer (1994) dalam Razak (2007) menyatakan penyelesaian masalah adalah suatu proses yang mana seseorang pelajar melakukan aktiviti kognitif bertujuan untuk mengatasi halangan yang wujud di antara keadaan awal dan keadaaan akhir daripada suatu masalah. Martinez (1998) menyatakan: problem solving is the process of moving toward a goal when the path to that goal is uncertain (Hsia-Po Vincent Kuo 2004) atau the process of reaching solutions (Gupta 2005). Pelbagai jenis instrumen kajian berkenaan dengan penyelesaian masalah telah banyak dijalankan oleh penyelidik lepas, sama ada dalam kursus Matematik atau Fizik. Pemilihan instrumen kajian penyelesaian masalah mengikut kepada keperluan dan matlamat kajian yang dijalankan. Razak (2007) menggunakan instrumen berbentuk soal selidik, soalan huraian dan kaedah temu bual Chap 5.pmd 22/06/2010, 16:14 35