SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU TAJUK: KONSEP ESTETIK DALAM KARYA SASTERA DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI (812664) Pengenalan Secara dasarnya, sesebuah karya sastera dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik serta mempesonakan. Isi karya sastera adalah seperti kewujudan manusia dalam bentuk seni. Cerita membentuk sebuah perhubungan, mengesahkan tentang budaya dan bahasa, menegaskan tentang ritual dan kepercayaan dalam masyarakat. Ia juga menggambarkan aturan kehidupan dan mentakrifkan kewujudan manusia, sehingga mampu menggerakkan pancaindera dan emosi agar dapat merangsang dan merubah pemikiran kita ke arah yang lebih hebat. Sastera berasal daripada bahasa Sanskrit yang bererti tulisan atau bahasa. Setiap bangsa di dunia mempunyai sastera yang tersendiri, begitu juga dengan bangsa Melayu yang terdapat di Malaysia. Ali Ahmad (1994) mengupas asal-usul kata sastera dengan menyatakan sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera 1