Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2013 “Memperkukuhkan Kearifan Tempatan ke Arah Pengantarabangsaan” 6-7 Oktober 2013 Sutra Beach Resort, Terengganu, Malaysia “Sumpah Pocong” Bentuk Resolusi Konflik Yang Efektif Berasaskan Kearifan Tempatan Oleh; Budhy Santoso Azlinda Azman Mohd Izzuddin Bin Ramli Pendahuluan Sumpah pocong adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang dalam keadaan terbalut kain kafan seperti layaknya orang yang telah meninggal dunia (pocong). Tetapi juga, sumpah pocong boleh juga dilakukan hanya dengan posisi duduk dan dikerudungi kain kafan. Sumpah pocong dilakukan dihadapan orang ramai dengan maksud dan tujuan untuk meyakinkan orang lain bahwa pelaku sumpah pocong tidak bersalah dan tidak seperti yang didakwa orang terhadapnya. Dengan sumpah pocong, jika pelaku terbukti bersalah dipercayai akan dihukum atau dilaknat oleh Tuhan sesuai dengan perbuatannya bahkan boleh sampai meninggal atau kepada tujuh keturunannya Secara umun, sumpah pocong dilakukan oleh pemeluk agama Islam kerana dalam Islam-lah kain kafan (kain pocong) dikenal, dan lazim dilakukan di masjid sebagai tempat ibadah ummat Islam. Para pemuka agama (ustaz) akan memimpin dan menjadi saksi dalam upacara sumpah pocong yang dilakukan masyarakat. Dari perspektif ajaran agama Islam, sumpah pocong bukanlah ajaran syariat Islam. Sumpah pocong hanyalah tradisi masyarakat yang memasukkan ajaran agama ke dalam norma adat. Sekalipun dalam sumpah pocong ada kain kafan, ada masjid, ada ustaz, ada kyai, bahkan ada ulama sekalipun, sebagai simbol-simbol Islam, sumpah pocong tetap tidak diajarkan dalam Islam. Kerana dalam ajaran Islam, untuk mengucapkan sumpah dan meyakinkan kebenaran sumpahnya, seorang muslim cukup bersumpah atas nama Allah misalnya kalimat "Demi Allah, saya tidak melakuan perkaru tersebut". Sehingga apabila seorang muslim bersumpah bukan atas nama selain Allah maka dikategorikan kufur atau syirik sebagaimana sabda Rasululah SAW, “Barangsiapa bersumpah dengan selain Allah maka ia telah kufur atau syirik.” (HR Tirmidzi dari Umar ibnu Khattab).