Journal of Applied Research in Education, Vol. 14, No. 1, 2010, pp. 50 - 65 ISSN 1996-9945 Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam Isu-Isu Rekabentuk Antaramuka Dalam Sistem Pembelajaran Kelas Maya Zahari Hamidon* Universiti Brunei Darussalam zahari.hamidon@ubd.edu.bn Raja Maznah Raja Hussain Universiti Malaya rmaznah@gmail.com Abstrak Sistem Penyampaian merupakan komponen yang penting bertindak sebagai penghubung antara kandungan dengan pelajar apatah lagi jika digunakan dalam pembelajaran secara maya. Aminatol dan Zahari (2006:11) menjelaskan dalam kajiannya terhadap peranan rekabentuk skrin menunjukkan bahawa pengguna yang kali pertama menggunakan sistem pembelajaran kelas maya menyatakan ia merupakan satu pengalaman yang menarik dan seronok, namun mempersoalkan tentang kesediaan guru dari aspek menentukan kaedah yang sesuai dalam menggunakan sistem penyampaian berkenaan. Kajian ini secara khususnya menyiasat aspek penggunaan sistem penyampaian dalam sistem pembelajaran kelas maya di dalam classnetwork.net oleh guru. Fokus kajian ini adalah untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh pengguna dari aspek penggunaan dan menjelaskan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam menyampaikan kandungan berkenaan kepada pelajarnya. Dua kaedah yang diterokai dalam kajian ini bagi menjelaskan isu- isu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru ialah constructivism dan active learning. Melalui perbandingan dari dua kaedah ini kajian ini diharapkan akan dapat menyenaraikan isu-isu penggunaan sistem penyampaian kandungan melalui rekabentuk skrin dalam sistem penyampaian kelas maya di classnetwork.net. Pengenalan Hobbes Internet Timeline (t.t) melaporkan bahawa terdapat 300,000 halaman dari web wujud dalam setiap 5 hari (sumber:Lycos) dan jumlah laman web dianggarkan akan tumbuh kepada 7 billion menjelang 2002 [sumber: International Data Corporation (IDC)]. Senario ini menjelaskan betapa tahun-tahun yang mendatang ini pertumbuhan laman web akan menjadi lebih drastik. Bahan pengajaran merupakan satu kemudahan yang perlu disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelan Strategik 2007-2011, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam (2007:14) *Corresponding author