HALATUJU KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI POLITEKNIK MALAYSIA : SATU DAPATAN AWAL (DESTINATION OF ISLAMIC CURRICULUM IN MALAYSIA POLYTECHNIC) Yusni Bin Mohamad Yusak Zainab Hanina Binti Abdull Samad SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM, JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA yusni@mohe.gov.my hanina@psa.edu.my Abstract Islamic Studies Curriculum (PI) is a compulsory all Muslim students in Malaysia Polytechnic.This curriculum is offered in the First, Second and Third Semester. The enactment of this curriculum is to produce religious individuals with noble conscious and highly knowledgeable.In line with global development and current needs, PI Curriculum is developed to form a dynamic and sub-professional workforce. Thus, Islamic curriculum (PI) is important as a platform for students. This is to ensure it is compatible with development of student individually. The expansion process of PI Curriculum in Malaysian Polytechnics only involves few main aspects which are, method of delivery, writing format and assessment methods.These changes are in line with current industrial needs, Islamization of knowledge and use of various method of delivery. Keywords: Destination of Islamic Curriculum, Malaysia Polytechnic Abstrak Kurikulum Pendidikan Islam (PI) adalah kurikulum wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar muslim di Politeknik Malaysia. Kursus PI ditawarkan di Semester Pertama, Kedua dan Ketiga. Kurikulum ini digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh. Sejajar dengan perkembangan global dan keperluan semasa Kurikulum PI dibangunkan seiring bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang dinamik dan deduktif. Justeru itu, transformasi kurikulum PI menjadi wadah penting menjana anjakan paradigma bersesuaian dengan tahap perkembangan individu. Proses pembangunan kurikulum PI di Politeknik Malaysia hanya melibatkan beberapa aspek utama iaitu metode penyampaian, format penulisan dan kaedah pentaksiran. Perubahan yang berlaku ini, adalah sejajar dengan keperluan terkini industri, Islamisasi ilmu dan menggunakan metode penyampaian pelbagai. Kata kunci : Halatuju Kurikulum, Pendidikan Islam, Politeknik Malaysia