Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 173 VISUALISASI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN MASA KINI Norasikin Fabil Universiti Pendidikan Sultan Idris Zawawi Ismail Universiti Malaya The emergence of IT has brought about a development of graphic usage in various fields. Education researchers have discovered graphics is an impor- tant element and become more popular because of the phenomena of various learning styles and techniques among students. Today, graphics are used as an alternative medium for transferring information and knowledge acquisition in the fastest and most efficient ways. In the globalization era, besides television and video, the computer is used as a learning tool that influences student perceptions towards learning process. The Internet is one of the applications providing extra features in terms of information visualization that can be used as a tool for students to learn any subject in a much more lively and interesting way. The techniques of information visualization transform the information into a visual form enabling the students to observe, browse, make sense, and understand the information easily. Nevertheless, information visualization is more than a computing method; it involves information graphic, human-computer interaction and cognitive science. Thus, this paper will discuss the techniques of Information Visualization and how the techniques influences students' visual learning styles. Pendidikan adalah keperluan asas manusia. Pendidikan juga adalah suatu proses un- tuk memperkembangkan manusia dan sepatutnya berlaku di dalam diri manusia secara berterusan tanpa sebarang sempadan. Ia berlaku secara formal dan tidak formal. Proses seperti ini akan meningkatkan lagi potensi manusia. Jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual manusia perlu dikembangkan dalam satu system terancang melalui penggunaan kurikulum dan pendekatan tertentu. Ini adalah penambahbaikan kualiti manusia yang sebenar apatah lagi, manusia adalah makhluk yang paling istimewa di kalangan makhluk yang lain. Kualiti manusia akan menentukan kualiti kehidupan dan apa yang terhasil daripada aktiviti manusia itu sendiri. Manusia yang bertamadun tinggi akan menghasilkan suatu kehidupan yang berkualiti sebagai impak daripada kejayaan pendidikan. Kini perkembangan dan program computer telah mula merubah senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak pendidikan di seluruh dunia. Adalah dijangkakan dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang baru ini, ia dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu Pengajaran dan Pembelajaran (PP) di bilik darjah. Peranan guru pada peringkat ini adalah berfungsi sebagai pemudah cara di antara media dan proses di dalam pengajaran dan pembelajaran. Di negara-negara maju, komputer telah banyak membantu pembelajaran dan pengajaran dan ini menjadikannya amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah. komputer