Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 117 PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH Rahmad Sukor Ab. Samad Shahrir Jamaluddin Universiti Malaya Most community members believe that the effectiveness of a school is related to the efficiency of its management or principal's leadership style. Actually, this phenomenon occurs if one perceives success from the macro aspect. Con- ventionally. the success of an organization starts from the smaller units that exist in the organization itself. Hence, this article will discuss the smaller units that exist in the school organization, which refer to classrooms or micro scale. The focus of the discussion is to suggest what should be done by teachers in classrooms in order to create effective schools. Selari dengan perkembangan isu kepimpinan dalam pendidikan, banyak kajian dilakukan terhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997; Sashkin & Sashkin, 1993) tetapi sedikit sahaja kajian dijalankan ke atas kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991) systemic change adalah apa sahaja perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagian dalam sistem organisasi yang akan mempengaruhi keseluruhan organisasi; dan ini seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabila systemic change ini dikaitkan dengan kepimpinan bilik darjah, ia memberi pengertian kepimpinan bilik darjah adalah satu unit yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. Perbezaan dalam pencapaian murid-murid dalam sekolah juga dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Persepsi Guru mengenai Kepimpinan Bilik Darjah Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjah kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Persepsi ini perlu dibetulkan seperti yang disarankan oleh Blase dan Blase (1998) bahawa asas kejayaan sebuah sekolah yang berjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran (pengetua; guru besar) tetapi disebabkan oleh kordinasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Pendapat ini telah membezakan peranan antara pengetua sekolah dengan gurunya dimana guru berperanan sebagai pemimpin pengajaran dan pengetua sebagai penyelaras sahaja. Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolah-sekolah efektif di mana ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pengetua sekolah menjadi faktor utama yang dapat memajukan sesebuah sekolah. Artikel ini akan memberi tumpuan ter- hadap maksud kepimpinan bilik darjah; kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktor- faktor yang mempengaruhi iklim sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah. Amalan kebiasaan guru dalam bilik darjah lebih banyak kepada pengurusan bilik darjah sedangkan kepimpinan bilik darjah tidak menjadi keutamaan. Situasi ini disebabkan