PROCEEDINGS OF THE 7 TH INTERNATIONAL MALAYSIAN EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION (IMETC 2013) Golden Flower Hotel, Bandung, Indonesia, 16-18 September 2013 Technology Enhanced Global Classroom Environment PENGGUNAAN INOVASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN: CABARAN GURU DALAM E- PEMBELAJARAN Noraini Mohamed Noh 1 , Hani Merylina Ahmad Mustafa 2 , Mahizer Hamzah 1 , Mohd Arif Ismail 2 & Norazilawati Abdullah 1 Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia 1 , Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pendidikan 2 , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Abstrak Kesediaan penerimaan adalah penting dan perlu ada pada guru di awal proses pengenalan sesuatu inovasi di sekolah di mana kesediaan ini boleh menjadi kayu pengukur sama ada inovasi teknologi tersebut akan diguna atau hanya diterima. Keputusan guru untuk mengguna inovasi teknologi yang dilaksanakan di sekolah ke dalam amalan instruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan program. Kertas kerja ini membincangkan tentang hubungan ramalan faktor demografi, kesediaan penerimaan dan atribut inovasi dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik ke atas 300 orang guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak di Malaysia. Data dianalisis secara deskriptif dan analisis inferensi. Hasil analisis regresi linear berganda membuktikan bahawa aspek pengetahuan guna ICT, latihan produk, persepsi berguna, persepsi mudah guna, efikasi kendiri komputer dan keinovatifan khusus teknologi maklumat adalah antara faktor yang menyumbang kepada penggunaan inovasi teknologi dalam pengajaran guru. Justeru dengan andaian tahap kesediaan ini dapat dioptimumkan, maka guru boleh bersikap lebih positif terhadap penerimaan dan penggunaan inovasi teknologi ke dalam instruksi dengan lebih kreatif. Pengenalan Kemajuan penggunaan media elektronik dalam pengajaran da pembelajaran (PdP) boleh menjadikan persekitaran pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan perubahan era teknologi maklumat (Syed Ismail & Ahmad Subkhi 2010). Pengajaran guru menjadi lebih menarik dan berkesan (Safuan & Fong 2003; Jamaludin & Hashimah 2009), pelajar lebih mudah memahami konsep yang diajar ( Rozhan 2009), meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran (Lever Duffy et al. 2003) dan meningkatkan pencapaian pelajar (Soon 2003). Sedar akan keupayaan tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi di sekolah yang mana setiap satunya mempunyai kelainan ciri dan kekuatan khusunya dalam memenuhi keperluan pdp seterusnya meningkatkan kualiti PdP di sekolah. Antaranya Pusat Akses Sekolah, 1BestariNet, EduwebTV dan program Pembelajaran Secara Maya (VLE). Ketersediaan inovasi teknologi yang dilaksanakan di sekolah ini, telah memberi ruang dan peluang yang luas kepada guru untuk menjalankan PdP dengan lebih kreatif dan bermakna. Namun begitu, dalam aspek kejayaan pelaksanaannya dalam bilik darjah sikap guru dikatakan menjadi asas pertimbangan guru dalam menyaring dan mentafsirkan segala bentuk penerimaan inovasi teknologi. Sejauhmana guru itu dapat melihat kelebihan inovasi tersebut melebihi daripada kaedah yang sedia ada, merasakan ada keserasian dengan amalan-amalan biasa, kebergunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran serta kesenangan cara penggunaannya. Kesemua ini akan menjadi perkara utama yang