BAHAGIAN A Tajuk : Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu : Bincangkan secara kritis. 1.0 Pengenalan Mengikut tinjauan dari aspek etimologi, istilah Melayu merupakan kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini asal usul bahasa Melayu masih tidak dapat dipastikan dengan jelas. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi dan ahli lingustik bagi mendapatkan kesahihan asal usul penutur bahasa Melayu, kajian berterusan secara mendalam berhubung asal usul penutur bahasa Melayu giat dijalankan. Menurut John Carol (1997), bahasa merupakan satu sistem berstruktur daripada vokal dan urutan bunyi yang diguna untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Dengan kata lain, melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi di antara satu sama lain secara berkesan. Selain itu, bahasa juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Ia digunakan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan. Bahasa juga dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara kerana bahasa dikatakan sebagai alat pengantara yang dapat menyampaikan perasaan dan pemikiran sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemampuan menguasai pelbagai bahasa mampu menjamin masa hadapan yang cerah dan berpeluang untuk maju ke hadapan di samping mengilap potensi diri yang sebenar. Dalam hal ini peminjaman bahasa asing dalam bahasa Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjaman daripada bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa yang lebih maju dalam tamadun yang lebih tinggi. Dapatlah dikatakan, peminjaman bahasa telah memperkayakan bahasa Melayu. 1