1 PENDAHULUAN Perkahwinan merupakan salah satu perkara yang disyariatkan oleh Allah Ta‟ala kepada manusia. Antara objektif disyariatkan perkahwinan adalah untuk mewujudkan kerjasama antara suami dan isteri dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka. Perkahwinan juga memelihara kehormatan pasangan suami isteri daripada terjebak dalam perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina. Namun begitu, disebalik keindahan perkahwinan, terdapat juga masalah-masalah yang timbul pada kemudiannya yang menyebabkan perkahwinan tersebut tergugat. Kesan daripada masalah ini pada akhirnya akan menyebabkan terbubarnya ikatan perkahwinan antara si suami dan si isteri. Pembubaran perkahwinan terjadi disebabkan pelbagai perkara. Antaranya ialah talaq, khuluq, fasakh, dan li‟an. Dalam artikel ini, penulis akan menyatakan serba sedikit mengenai pembubaran perkahwinan yang disebabkan oleh li‟an.