1 Perubahan Identitas Melayu di Thailand Selatan Tan Sri Ismail Hussein * Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan ** Pengenalan Selatan Thailand terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Selatan Thailand merangkumi 14 provinsi. Provinsi-provinsi tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Provinsi bahagian Selatan atas dan bahagian Selatan bawah. Provinsi Selatan bahagian bawah ini merangkumi 5 provinsi yang dominan penduduknya adalah penduduk keturunan Melayu. Provinsi-provinsi tersebut adalah Provinsi Songkhla, Pattani, Narathiwas, Yala dan Setul. Walaupun Provinsi Songkla atau Singgora penduduk Melayu adalah penduduk minoritas tetapi jumlahnya tertinggi diantara provinsi-provinsi yang Melayu menjadi minoritas di Thailand Selatan. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk keturunan Melayu di Selatan Thailand dibahagikan kepada 2 dialek iaitu: Pertama, dialek Kedah-Perlis yang dituturkan oleh penduduk keturunan Melayu di Provinsi Setul dan Daerah Sadao, Provinsi Songkhla. Provinsi Setul adalah sebahagian dari negeri Kedah, Malaysia di zaman dahulu. Daerah Sadao (kecuali Mukim Prik) juga adalah sebahagian dari negeri Kedah yang diserahkan kepada kerajaan Siam mengikut perjanjian Inggeris-Siam dalam tahun 1909. Kedua, dialek Patani. Dialek Melayu Patani tergolong dalam bahasa Melayu timur laut. Bahasa Melayu timur laut adalah salah satu cabang bahasa Melayu yang terdiri dari bahasa Melayu Patani, Kelantan dan Trengganu. Bahasa Melayu dialek Patani tidak berbeza dari bahasa Melayu dialek Kelantan. Dialek Patani dituturkan oleh keturunan Melayu di bekas negeri Patani lama iaitu Provinsi Pattani, Yala dan Narathiwas dan sebahagian dari Provinsi Songkhla. Dasar Siamisasi atau asimilasi budaya di Thailand Selatan Setelah negeri Melayu Patani diterap secara total ke dalan pemerintahan Thailand. Pihak pemerintah Thailand telah menjalankan dasar Siamisasi atau asilimasi budaya terhadap