Masalah Pendidikan, 31(1) MODEL SEKOLAH BERKESAN: SATU PERUBAHAN BERDASARKAN TUNTUTAN SEMASA EFFECTIVE SCHOOL MODEL: A CHANGE BASED ON CURRENT DEMANDS Muhammad Faizal A. Ghani Shahril @ Charil Hj. Marzuki Fakulti Pendidikan Universiti Malaya This article discusses the levels of the effective school model's development which occurred due to the weakness of the previous models that did not match with the needs of the current environment. There are three levels involved in the effective schools movement: (a) School Effectiveness. Movement, (b) School Improvement Movement, and (c) School Effectiveness and Improvement Movement. Hence, these improvements show to us that researches on effective schools have increased in quantity and improved in quality to enhance the development and achievement of the students. Kebanyakan sekolah menggunakan dapatan kajian terdahulu mengenai sekolah berkesan sebagai panduan untuk meningkatkan pencapaian murid di sekolah mereka. Setelah tiga atau empat tahun, mereka mengakui bahawa mereka telah berjaya untuk melaksanakan panduan yang telah ditetapkan dalam model-model tersebut. Namun, mereka masih tertanya-tanya adakah wujud sebelum ini usaha untuk memantapkan model-model tersebut bagi membentuk sebuah model yang kukuh. Realitinya, sehingga kini kajian mengenai sekolah berkesan telah menghasilkan pelbagai model. Model yang berbentuk diskriptif (iaitu Model Keberkesanan Sekolah) sehinggalah model yang bercorak menyeluruh (Model Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah) (CPRE, 2002). Dengan perkataan lain, model sekolah berkesan telah mengalami tiga peringkat perubahan atau gerakan. Dalam gerakan pertama sekolah berkesan, pengkaji hanya menyenaraikan faktor penyumbang untuk mewujudkan sekolah yang cemerlang tanpa menengahkan strategi ke arah matlamat tersebut. Manakala konsep sekolah berkesan dalam gerakan kedua pula mengandaikan proses penambahbaikan hanya berlaku terhadap satu pembolch ubah proses dan kejayaan pembolch ubah proses tersebut dinilai sebagai dapatan akhir (Fullan, 1991). Proses teresebut menyebabkan tidak wujudnya kerjasama daripada pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain (Hulpia, Valcke, & Verhaeghe, 2004). Justeru, kegagalan kedua-dua gerakan sekolah berkesan telah melahirkan gerakan ketiga sekolah berkesan yang menekankan suatu slogan "kejayaan ke atas perubahan hanya akan tercapai sekiranya dapatan gerakan pertama dilibatkan bersama dalam proses penambahbaikan dan setiap pemboleh ubah proses tersebut perlu bekerjasama" (Lezotte, 2001). 9