24 KAJIAN TERHADAP KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK MEMPENGARUHI PEMILIHAN KENDERAAN Mohd Azizul Ladin* 1,2 , Amsori Muhammad Das 1,3 , Sotaro Yukawa 1,4 , Amiruddin Ismail 1 , Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat 5 *1 Sustainable Urban Transport Research Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia t2 School of Engineering & Information Technology, Universiti Malaysia Sabah 3 Department of Civil & Environments Engineering, Universitas Batanghari, Jambi, Indonesia 4 Center for Community Co-design, The University of Shiga Prefecture 5 Centre for Academic Advancement, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Peningkatan secara mendadak terhadap pemilikan kereta adalah bersangkutan dengan ketidakseimbangan pengangkutan awam dan ini telah menyumbang kepada peningkatan kesesakan trafik, kemalangan dan pencemaran alam. Peningkatan pemilikan kenderaan peribadi ini adalah disebabkan oleh masalah perkhidmatan awam yang tidak dapat memenuhi keperluan umum. Ini telah menyebabkan lebih ramai pengguna menggunakan kenderaan peribadi berbanding kenderaan awam. Berasaskan senario ini, kajian telah dijalankan khusus di UKM untuk mengkaji faktor yang dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk membentuk satu model anjakan mod pengangkutan daripada kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam. Model ini dibina berdasarkan faktor kenaikan harga minyak (Ringgit Malaysia) untuk melihat kepada perubahan pemilihan kenderaan ini. Kajian ini telah berjaya menghasilkan model yang menghubungkan harga minyak dengan anjakan kenderaan dengan mendapat korelasi yang melebihi dari 0.9. Ujian kepekaan model menunjukkan kadar kenaikan harga minyak mempengaruhi sekurang-kurangnya 88% pengguna kenderaan persendirian untuk beranjak menggunakan kenderaan awam jika kadar harga minyak mencecah RM 2.75. Daripada kajian ini juga dapat disimpulkan bahawa kesan kenaikan harga minyak mempengaruhi anjakan pemilihan kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam dengan jenis kenderaan dan kadar harga minyak sebagai pemboleh ubah. Keywords: pengangkutan awam, bas, kenderaan peribadi, kenaikan harga minyak * Correspondence Author: Email abuhakimah@gmail.com t Presenter: Email abuhakimah@gmail.com