1.0 PENGENALAN Pertumbuhan institusi pondok di Kedah berhubungkait dengan kemunculan ulama yang telah wujud pada waktu penjajah British datang ke Tanah Melayu. Umumnya, pendidikan pondok tidak memberi pendidikan sekular tetapi pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan satu bentuk pendidikan yang tertua di Alam Melayu. Maka, lahirlah bakal-bakal pemimpin Islam yang merupakan tokoh-tokoh agama dan alim ulama dalam masyarakat Islam seluruhnya. Salah satu pondok yang terdapat di Tanah Melayu adalah bertempat di Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah. Pondok tersebut dikenali sebagai pondok Ustaz Adnan yang telah ditubuhkan sekitar tahun 1990. Ustaz Adnan adalah pengasas pondok tersebut dan beliau digelar “Ustaz Nan” dalam kalangan masyarakatnya. Nama penuh beliau ialah Adnan bin Abdul Majid. Beliau dilahirkan di Kupang, Baling, Kedah. Ustaz Adnan merupakan seorang tokoh agama yang penyabar dan berwawasan sepanjang beliau menjadi tok guru pondok. Menurut pandangan para pelajarnya, beliau sangat berdisiplin dan tegas dalam setiap beliau lakukan. Semakin hari semakin ramai penuntut yang datang malah mereka sanggup datang dari jauh. Pengkaji berminat untuk mengenali tokoh ini dengan lebih mendalam kerana dapat melihat kesungguhan tokoh dalam mendirikan pondok dan memberi ilmu agama kepada masyarakat. 1