1 Sistem Penyampaian bagi Kandungan di laman Web Berasaskan SCORM Zahari Hamidon Universiti Brunei Darussalam Brunei Darussalam zham@shbie.ubd.edu.bn Raja Maznah Raja Hussain University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia rmaznah@um.edu.my Abstrak Kemunculan persekitaran pembelajaran maya di World Wide Web telah memberikan pendidik peluang untuk meneroka teknik yang lebih berkesan untuk penyampaian kandungan kepada pelajar dengan percambahan sumber sedia ada di internet. . Namun demikian sumber yang amat luas di internet itu perlu dicernakan dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih bermakna kepada pelajar agar mereka dapat menilai dan membuat sintesis kepada maklumat yang dibekalkan oleh guru secara maya. Artikel ini berhasrat untuk menjelaskan teknik penyusunan kandungan(content sequencing) berlandaskan kriteria yang terdapat dalam Sharable Content Object Reference Model (SCORM) yang mengambilkira dua dari tiga cirinya; Model Pengumpulan Kandungan (Content Aggregation Model) dan Persekitaran Run Time (Run Time Environment). Disamping itu pembentangan ini juga akan melaporkan kaedah penstrukturan kandungan dalam Sistem Pembelajaran Kelas Maya agar ianya dapat memenuhi dua komponen utama SCORM; 1) Sistem Pengurusan Pembelajaran [Learning Management System(LMS)] dan Sharable Content Objects (SCOs). Seterusnya hasil analisis terhadap arkitetur pembelajaran yang terhasil dari proses tanda aras terhadap tiga laman web pendidikan di Malaysia yang memfokus kepada rekabentuk susunan kandungan bagi melihat keberkesanan sistem penyampaiannya dalam meningkatkan kefahaman pelajar akan dilaporkan. Keywords: e-pembelajaran, Objek Pembelajaran (OP), Sharable Content Object Reference Model (SCORM), Sistem Penyampaian Pengenalan dan Konteks Kepentingan sistem penyampaian melalui WWW yang berkesan bergantung sepenuhnya pada tatacara sesebuah kandungan itu disusun yang secara khususnya akan mempengaruhi aspek pedagogi. Abdullah Mohd Noor (2006:12) menjelaskan bahawa pengajaran merupakan interaksi dan komunikasi, maka dengan itu aspek pedgagogi yang bersesuaian seharusnya diamalkan bagi menghasilkan hasil pengajaran yang lebih bermakna. Dari konteks penyampaian kandungan di Web, pelajar secara umumnya terdedah kepada pelbagai bentuk dan corak interaksi yang akan membawanya kepada pertemuan kepada individu yang lebih luas. Girgensohn dan Lee (2002:144) menjelaskan Web telah membuka pintunya kepada corak interaksi yang luas, ada yang melibatkan interaksi berulang yang membawa orang yang tidak dikenali bersama dimana dibawa oleh aplikasi dalam pelbagai domain yang melibatkan interaksi antara manusia dihubungkan oleh elemen sosio- teknikal seperti e-niaga yang dinamik, pengurusan perhubungan pelanggan (Customer Relationship Management), rangkaian sokongan dan tempat pasaran elektronik (electronic marketplaces)