ISSN: 1985-7012 Vol. 2 No. 2 July - December 2009 Technology Development 49 NILAI BELIA ORANG ASLI SELANGOR TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) W. A. Amir Zal, MSc Universiti Teknikal Malaysia Melaka ABSTRAK Pembangunan ICT yang dilaksanakan oleh Malaysia seolah-olah menyebabkan belia Orang Asli semakin jauh dari arus pembangunan perdana negara. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti nilai belia Orang Asli terhadap ICT. Seramai 24 orang belia Orang Asli dari kampung Orang Asli Bukit Lanjan dan Pulau Carey Selangor telah terlibat yang dipilih dengan menggunakan pendekatan variasi maksimum. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan triangulasi data yang mana data dikumpulkan dengan menggunakan sumber yang berbeza iaitu temu bual mendalam, temu bual kumpulan berfokus dan pemerhatian tidak turut serta. Hasil kajian mendapati belia Orang Asli mempunyai nilai khusus terhadap ICT. Nilai tersebut ialah nilai rangsangan, nilai keselamatan, nilai keakuran, nilai universalisme dan nilai hedonisme. Justeru kajian menunjukkan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya disampaikan kepada belia Orang Asli. Oleh demikian, pembangunan ke atas Orang Asli perlu terus dilaksanakan berasaskan prinsip ketekalan dan berhemah. Kata kunci: belia orang asli, nilai, ICT ABSTRACT The reason the Orang Asli youth is still far from being able to join the nation’s mainstream development is due to the ICT development undertaken by Malaysia. A study was conducted to identify the level of understanding the value of ICT among the Orang Asli youth. A total of 24 Orang Asli youth from the village of Bukit Lanjan and Carey Island, Selangor was involved with the selected approach the maximum variety. The study uses the approach on triangulation data whereby the data was collected from diferent sources of in-depth interviews, focusing on group interviews and non-participating observations. The study results found that the Orang Asli youth have special value of ICT which are the value of stimulation, security, conformity, universalism and hedonism. Hence the study shows the development undertaken by the government has successfully delivered to Orang Asli youth. Therefore, the development of the Orang Asli should continue to be based on principles of consistency and prudent. Keywords: orang asli youth, values, ICT