Tingkatan 5 Sejarah Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara 1. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? - perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dari penjajahan. 2. Nyatakan factor-factor kemunculan nasionalisme. Dasar penjajahan Barat Pengaruh agama Karya kesusasteraan Sistem pendidikan Kemunculan golongan intelektual Pengaruh media massa Sistem pengangkutan dan perhubungan Pengaruh luar 3. Nasionalisme di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua tahap. Lengkapkan jadual di bawah. Nasionalisme di Asia Tenggara Tahap 1 Tahap 2 1. Penentangan masyarakat secara terbuka bersifat setempat. 2. Tidak berorganisasi 3. Isu-isu agama, budaya dan hak pribumi menjadi factor utama 4. Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik. 5. Menuntut hak mereka dikembalikan dan tidak menuntut kemerdekaan segera. 1. Lebih radikal. 2. Berorganisasi 3. Muncul selepas gerakan tahap pertama yang sederhana gagal. 4. Dipimpin oleh golongan berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. 5. Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan yang berdaulat. 4. Lengkapkan jadual di bawah. Tokoh Parti Politik / Pertubuhan 1. Andreas Bonifosio Katipunan 2. Soekarno Parti Nasional Indonesia 3. Nguyen Thai Hoc Viet Nam Quac Dang Dang 4. Aung San Dobama Asiayone 5. Nai Pridi Panomyong Parti Rakyat 6. Ho Chi Minh Parti Komunis Vietnam 1. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme di Thailand. Tahap 1 : - kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat di raja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. - kesan perkembangan system pendidikan Barat menjadikan intelektual Thai terdedah kepada fahaman liberal dan demokrasi - kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravurd menyebabkan rakyat tidak puas hati Tahap 2 : Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. 2. Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara. 2.1 Filipina : Pada tahap 1 nasionalisme di Filipina dimulai oleh gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal dan disokong oleh golongan pertangahan berpendidikan Barat. Nyatakan tuntutan pejuang tahap 1 ini. - pejuang menuntut supaya Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol - bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti yang diperolehi oleh bangsa Sepanyol - diberi kebebasan bersuara Pada tahap 2 nasionalisme di Filipina dipimpin oleh Andreas Bonifacio yang berjuang secara radikal. Nyatakan tuntutan tahap 2 ini. - penubuhan Katipunan oleh Andrea Bonifacio - penentangan secara radikal terhadap sepanyol - matlamat perjuangan adalah untuk menyatukan rakyat Filipina dan memperjuangkan kemerdekaan secara revolusi . 3. Perjuangan kemerdekaan di Indonesia terbahagi kepada dua tahap.