Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 656 PERBANDINGAN KONSEP KECERDASAN SPIRITUAL DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT: SATU PENILAIAN SEMULA Tajulashikin Jumahat Institute of Education International Islamic University Malaysia (IIUM) tajulashikin@iab.edu.my Nor Faizah Abdullah Kementerian Pelajaran Malaysia faizahabdullah72@gmail.com Abstrak Terdapat pelbagai teori kecerdasan telah dikemukakan di Barat termasuk mutakhir ini kecerdasan spiritual atau kecerdasan rohani (SQ atau SI). Teori kecerdasan spiritual yang terawal telah dikemukakan oleh Emmons (2000) dan dipopularkan oleh pasangan Zohar dan Marshall (2000). Kertas ini dikemukakan sebagai satu perbandingan antara teori kecerdasan spiritual oleh ilmuwan Barat dan juga dari sarjana-sarjana Islam. Pemikiran semula terhadap teori kecerdasan spiritual amat diperlukan kerana belum ada satu teori yang konkrit terhadap konstruk psikologi ini. Penyelidik merasa terpanggil untuk mengutarakan isu ini kerana terdapat dalam kalangan penyelidik- penyelidik Muslim telah mengambil konsep, dimensi-dimensi dan alat pengukuran kecerdasan spiritual dari Barat yang didapati asas epistemologi teori yang digunakan adalah tidak bersesuaian dengan tasawur Islam. Penyelidik mendapati terdapat dua dilema utama yang wujud dalam teori kecerdasan spiritual dari Barat iaitu terdapat elemen-elemen sekularisme dan pluralisme beragama yang boleh menggugat keutuhan akidah Islam. Justeru itu, telah muncul beberapa konsep kecerdasan spiritual yang telah dikemukakan oleh sarjana dan ilmuwan Islam untuk mengatasi dilema ini. Hanya segelintir sahaja teori kecerdasan spiritual dari perspektif Islam ini dapat mengambil tempat dalam perbincangan ilmiah disebabkan oleh kekangan tertentu. Walau bagaimana pun, telah wujud usaha yang dilakukan oleh sarjana dalam bidang psikologi Islam dan agama yang boleh dijadikan sandaran kepada kerangka teori yang bersesuaian dengan tasawur Islam. Konsep-konsep utama psikologi Islam seperti paradigma tauhid, fitrah kejadian manusia, entiti spiritual seperti roh (ruhͿ, kalďu, ;ƋalďͿ, jiǁa ;ŶafsͿ daŶ akal ;aƋl) dapat menjadi wadah untuk menzahirkan konsep kecerdasan spiritual dari perspektif Islam. Cadangan dan saranan terhadap karya-karya ilmiah hasil penulisan sarjana silam dan sarjana moden juga turut dikemukakan agar konstruk kecerdasan spiritual dapat diterima dan digunakan secara ilmiah oleh penyelidik yang akan datang. Kata kunci: Kecerdasan spiritual, Kerohanian, Psikologi Islam, Sekularisme, Pluralisme, Tauhid, Fitrah. 1. Pengenalan Psikologi Islam sedang mengalami perkembangan yang pesat. Perkembangan ini telah menarik ramai cendekiawan dan sarjana dalam bidang agama dan bidang sains sosial untuk memperkayakan lagi khazaŶah keilŵuaŶ psikologi Islaŵ yaŶg pada hakikatŶya telah puŶ dipelopoƌi oleh ulaŵa dan cendekiawan di zaman silam. Kemunculan psikologi Islam adalah untuk menawarkan alternatif dan