PENGGUNAAN TEORI DAN KERANGKA TEORI DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN MATEMATIK Nik Azis Nik Pa Abstract This article examines the literature on the definitions of theory, theoretical framework, and conceptual framework. It asserts that theories operate at different levels and serve different purposes, and argues that adequate theoretical framework for research in mathematics education can be built at the level of macro theory, middle range theory, or micro level theory. The article also discusses the relationship between theory and research, and maintains that theory gives a specific perspective to research by providing guidance for identifying and investigating a research problem. Also, theoretical frameworks can help researchers connect their studies with the works of others. The article asserts that logical structure or conceptual framework provides a justification for the perspective chosen in examining the problem, while the theoretical framework provides a structure that guides research by relying on a specific theory. However, researchers can employ more than one structure to clarify research dimensions. This article notes that researchers who use conceptual frameworks in their studies seem to be referring to theoretical frameworks at the level of micro theory. It asserts that theoretical frameworks and theory building are essential for the vitality and development of research in mathematics education. Pengenalan Dewasa ini, masyarakat semakin prihatin tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran maternatik, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Banyak persoalan kritis telahditimbulkan. Kajian yang meluas dan mendalam amat diperlukan untuk menjawab sesetengah persoalan tersebut. Setakat ini, sebahagian besar kajian dalam pendidikan matematik di Malaysia dijalankan oleh pelajar pasca ijazah bagi memenuhi keperluan ijazah sarjana atau doktor falsafah. Penelitian terhadap kajian yang dijalankan dalam tempoh dua dekad kebelakangan menunjukkan bahawa tidak ada persetujuan umum tentang pengertian kerangka teori dan kerangka konsep. Malah, terdapat kajian yang tidak berlandaskan kerangka teori atau kerangka konsep yang jelas, manakala beberapa kajian lain pula membincangkan kerangka teori atau kerangka konsep secara sepintas lalu sahaja seakan-akan mereka merupakan perkara yang remeh. Idea tentang kerangka teori dan kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangka kajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan, pelaksanaan, dan laporan sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yang mencantumkan bahagian-bahagian dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan. Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) dan Merriam (1998), kerangka kajian adalah satu unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Misalnya, kerangka Masalah Pendidikan filid 26 Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 29