1.0 PENGENALAN Perpaduan kaum bermaksud semua kaum di dalam sesebuah negara saling bekerjasama atau berganding bahu dalam membentuk sesebuah negara yang aman dan makmur. Perpaduan kaum ini sukar diwujudkan apabila Inggeris mula campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu pada tahun 1824. Inggeris campur tangan di Negeri- negeri Melayu yang lainnya bermula dengan Perjanjian Pangkor di negeri Perak. 1 Ini disebabkan oleh dasar-dasar inggeris yang diperkenalkan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Sebelum penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Taiping Perak pada tahun 1948, kesemua penduduk di Tanah Melayu rata-ratannya adalah orang melayu. Hanya sedikit sahaja golongan cina yang datang sebagai pedagang dan membuka penempatan di Melaka,Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang, dan Kelantan. Dalam pada masa yang sama, terdapat juga kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang-ladang kopi dan tebu yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun, sejak Inggeris mula bertindak untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu , berlaku penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Kemasukan imigran ini mendapat galakan malah dibawa oleh British tanpa had. 2 Fenomena ini berlaku disebabkan dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang membawa orang-orang asing masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan juga di ladang-ladang getah. Penghijrahan beramai-ramai tersebut telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. 1 Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009).Malaysia negara kita. :MDc Publishers Sdn.Bhd.ulu Kelang Kuala Lumpur, hlmn 192 2 Percubaan telah dilakukan untuk menggalakkan kemasukan penduduk di Indonesia tetapi mereka begitu mudah berasimilasi dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu dak memberikan kerjasama kerana keengganan mereka dieksploitasi oleh Brish. 1