PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 595 – 601 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011 Pelancongan Selam Skuba di Malaysia: Isu dan Cabarannya Scuba Diving Tourism in Malaysia: Issues and Challenges Ruzanna Syamimi Ramli Mohamad Pirdaus Yusoh Jabil Mapjabil New Gaik Ling Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia ABSTRAK Pembangunan dan kajian tentang pelancongan selam skuba masih baru di Malaysia. Pelancongan selam skuba ialah satu bentuk pelancongan khusus yang menawarkan selam skuba sebagai aktiviti utama dalam tempoh percutian seseorang pelancong. Terdapat beberapa ciri yang menjadikan sesebuah destinasi pelancongan selam skuba itu terkenal di peringkat global, antaranya persekitaran marin yang sihat, informasi yang lengkap dan tepat di sepanjang keseluruhan perjalanan, wujudnya pelbagai lokasi selaman seperti tinggalan kapal karam, jurang yang dalam dan terumbu karang, jarak penglihatan yang baik dan kaya dengan pelbagai spesis hidupan marin. Kajian literatur ini akan meneliti pengalaman beberapa lokasi pelancongan selam skuba di Malaysia iaitu di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Terdapat beberapa isu dalam pembangunan pelancongan selam skuba di Malaysia, antaranya ialah isu dan cabaran dalam perancangan, sosiobudaya, ekonomi, alam sekitar dan pengurusannya. Untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selam skuba yang tersohor di dunia, cabaran yang perlu ditangani ialah pengurusan berintegrasi melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, melaksanakan mekanisme yang praktikal dalam memperkasakan penyertaan komuniti pulau, pengurusan persekitaran lestari dan aplikasi teknologi dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti dan pelancong terhadap kelangsungan biodiversiti dasar laut dan masa depan komuniti di destinasi pelancongan selam skuba negara ini. Kata kunci: Pelancongan, Selam Skuba, Pelancongan Selam Skuba ABSTRACT Research and development on dive tourism is still new in Malaysia. Scuba diving tourism is a specialized form of tourism that offers scuba diving as a major activity within a tourist vacation. There are several characteristics that make a tourist destination is famous for scuba diving at the global level, including a healthy marine environment, a complete and accurate information throughout the entire journey, there is a variety of dive locations such as the remains of sunken ships, ravines and coral reefs, visibility a good and rich with various species of marine life. This literature review will examine the experiences of some dive tourism sites in Malaysia such as Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Redang and Pulau Tioman. There are several issues in tourism development, scuba diving in Malaysia, including the issues and challenges in planning, cultural, economic, environmental as well as management matters. To establish Malaysia as a tourist destination renowned scuba diving in the world, the challenges that must be addressed are the integrated management involving multiple stakeholders, implement a practical mechanism to strengthen the island community participation, environmental management and sustainable technology applications in increasing awareness and knowledge of the community and tourists towards biodiversity and sustainability of future communities in scuba diving destination. Keywords: Tourism, Scuba Diving, Scuba Diving Tourism PENGENALAN Pelancongan selam skuba adalah sektor yang berkembang pesat di peringkat global. Setiap tahun terdapat pertukaran mata wang asing yang tinggi terutamanya di negara yang menjadikan kehidupan