JEBAT 36 (2009) 41-61 41 RAHILAH OMAR, KHAZIN MOHD. TAMRIN, NORDIN HUSSIN DAN NELMAWARNI SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT BUGIS KE TANAH MELAYU: KAJIAN KES DI JOHOR Sejak zaman berzaman orang Bugis cenderung keluar dari kampung halamannya untuk mencari kehidupan dan petempatan baru. Amalan seperti ini disebut sebagai merantau dalam masyarakat Melayu. Kegiatan merantau telah menjadikan hubungan sejarah, ikatan darah dan tali temali kebudayaan yang sangat erat sepanjang sejarahnya antara masyarakat Bugis dengan Semenanjung Tanah Melayu. Kedatangan orang Bugis ke Tanah Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada abad ke-17 sudah terdapat pemukiman orang Bugis di Semenanjung Tanah Melayu, namun kedatangan mereka dalam jumlah yang besar berlaku pada kolonial Inggeris khususnya suku akhir abad ke-19. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu berterusan sehinggalah sekarang. Meskipun jumlah populasi mereka tidak dapat diketahui dengan tepat kerana kekurangan sumber bertulis dan lisan yang begitu ketara, namun kehadiran mereka dapat dilihat majoritinya di dua buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor dan Selangor. Di Johor, peranan mereka sebagai peneroka hutan dan pembina petempatan luar bandar adalah antara aspek penting yang membentuk persejarahan negeri Johor. Kewujudan masyarakat Bugis dapat dikesan di beberapa petempatan yang masih kekal hingga sekarang. Mereka tersebar di beberapa buah kampung dalam mukin-mukim di Johor seperti Benut, Sungai Karang, Serkat, Ayer Masin, Ayer Baloi, Sungai Pinggan, Jeram Batu, Sungai Kluang, Minyak Beku, Sungai Punggur, Pengerang, Muar, Gelang Patah dan sekitar Pekan Nenas. Bahkan ada beberapa buah kampung yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Bugis. Kampung Parit Makkuaseng ialah salah sebuah kampung di mukim Benut, Pontian, 90% penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat Bugis. Kampung Lepau di Pengerang 100% penduduknya terdiri daripada masyarakat Bugis. Sejak dari awal kedatangan masyarakat Bugis ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya ke Johor, mereka telah berjaya menempatkan nama suku mereka dalam sejarah tempatan, sehingga kewujudan masyarakat Bugis di Johor dapat dikatakan lebih menonjol daripada etnik lainnya. Kata Kunci: Bugis, Penghijrahan, Petempatan For centuries, many Bugis have left their villages in search for a new life and settlements. In the Malay culture, such practice is called as merantau or pasompe in Bugis. The merantau activities have over time strengthened the historical ties, blood connections and cultural linkages between the Bugis community and the people on the Malay Peninsula. The migration of Bugis to the peninsula occurred as early as the Malacca Sultanate. During the seventeenth century, there were already settlements of the Bugis people in the Malay Peninsula. Large-group migration, however, only occurred during the British colonial period, particularly the last quarter of the nineteenth century. Their migration to