173 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: SATU TINJAUAN DI SMAP KAJANG Mohd Fadzli Ismail 1 Mohd Sukki Othman 2 fadzli@ukm.my 1 Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM 2 Fakulti Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Abstrak: Pendidikan bahasa Arab semakin mendapat perhatian kerajaan melalui peranan institusi pendidikan dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa Arab di Malaysia. Kepentingan penguasaan bahasa ini dapat mewujudkan medium kerjasama dan perkongsian secara global dalam sektor pendidikan, ekonomi, teknologi dan pelancongan negara. Namun, pencapaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab masih belum memuaskan berbanding bahasa kedua yang lain (Mowafak dan rakan-rakan, 1999). Pelbagai kajian telah dijalankan mendapati banyak faktor yang menghalang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kertas kerja ini menjurus kepada tinjauan faktor terpilih iaitu guru, pelajar dan buku teks ke atas pencapaian peperiksaan akhir tahun 2009 pelajar dalam Bahasa Arab di SMKA Persekutuan, Kajang. Analisis soal selidik mendapati i) tidak terdapat sumbangan faktor guru, pelajar dan buku teks yang signifikan terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tingkatan 2; ii) terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor guru dan faktor pelajar yang berlainan pencapaian serta faktor buku teks tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan. Beberapa pendekatan disarankan oleh pengkaji bagi meningkatkan keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa ini kepada pelajar keseluruhannya. Kata kunci: Faktor guru, pelajar, buku teks dan pencapaian pengajaran dan pembelajaran. PENDAHULUAN Umumnya, pendidikan Bahasa Arab bagi sekolah-sekolah Malaysia telah dibahagikan kepada Bahasa Arab Tinggi (untuk sekolah agama) dan Bahasa Arab Komunikasi (untuk sekolah harian). Konteks kajian ini menumpukan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Walaupun Bahasa Arab sudah lama bertapak dan kini memasuki abad ke Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 ȋPKEBAR’ͳʹȌ disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-967- 5478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm