1.0 PENGENALAN Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah. Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama Sultan Othman ibn Sauji ibn Artugrul ibn Sulaiman Shah ibn Kia Alp, yang merupakan seorang ketua kabilah Kabi di Asia Tenggara 1 Meraka telah beroleh suatu kejayaan yang tidak dapat dicapai oleh kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah, kemuncak kejayaan itu ialah penaklukan kota Konstentinopal oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibukota kerajaan Othmaniyyah dengan nama barunya Istanbul. 2 Selepas mengecapi era kegemilangan selama lebih daripada satu abad, iaitu antara era pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih (1451-1481) hingga zaman pemerintahan Sultan Sulayman al-Qanuni (1520-1566), Daulah Uthmaniyyah mengalami pelbagai kelemahan dalaman dan luaran yang secara langsung telah membawa kepada zaman kemundurannya. 3 Sepanjang pemerintahan yang dalam linkungan 600 tahun itu, kerajaan Uthamniyah mempunyai 36 orang sultan dan dalam setiap pentadbiran yang dijalankan di zaman kerajaan ini juga mengalami situasi yang berbeza mengikut tahap kewibawaan seseorang sultan tersebut. Sultan Abdul Hamid II merupakan salah seorang sultan yang berwibawa di zaman Kerajaan Uthmaniyah. Beliau telah banyak membuat pembaharuan-pembaharuan dari pelbagai aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Walaupun pada zaman pemerintahan beliau, kerajaan Uthmaniyah semakin berada dalam ambang keruntuhan dan perang banyak berlaku. Justeru perbincangan ini akan membincangkan sultan Abdul Hamid II dan cabarannya dalam mengukuhkan kerajaan Uthmaniyah. 2.0 SULTAN ABDUL HAMID II Sultan Abd al-Hamid II bin Sultan Abd al-Majid bin Sultan Mahmud II merupakan sultan yang ke-34 daripada Dinasti Uthmaniyyah. Baginda dilahirkan pada 16 Shaaban 1258H bersamaan 21 September 1842M. Ayahanda beliau bernama Sultan Abdul al-Majid bin Sultan Mahmud Thani II, ayahanda beliau merupakan sultan pertama yang berusaha memerangi gerakan pembaratan Turki secara rasmi dalam kerajaan Uthmaniyyah. 4 Beliau dilantik 1 Dr. Hamka,. (1980) Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Antara. Hlmn 346. 2 Dusuki Hj. Ahmad. (1974). Ikhsar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlmn 386. 3 Mohamad Shaukhi Mohd Radzi (1972). Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah 1789-1876. Sabah : Penerbit Universi Malaysia Sabah. Hlmn 19. 4 Wikipedia Bahasa Inggeris.