1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Sebelum tahun 1948, Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang khusus yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Undang-undang yang ada pada masa tersebut hanyalah undang-undang mengawal orang-orang asing untuk keluar masuk ke dalam Negara sahaja. Keadaan seperti ini berlaku disebabkan dasar pemerintahan British yang membuka pintu Negara ini seluas-luasnya supaya orang-orang asing dapat masuk beramai-ramai secara mudah. Dasar seperti dinamakan ‘Dasar Pintu Terbuka’. Pemerintahan British yang membeza- bezakan warganegara British daripada rakyat asing hanyalah bertujuan untuk menutup pintu masuk ke Negara ini kepada orang-orang asing yang dipinggirkan. Antaranya adalah undang-undang tahun 1992 yang menegah orang-orang asing dari menjadi jurumudi kapal dan bahtera, atau jurutera kapal. Melalui undang-undang tersebut, orang-orang asing ditentukan sebagai orang yang bukan rakyat British atau rakyat Negara naungannya. Malah, kemasukan golongan orang asing ke Malaysia boleh ditegah sekiranya kedatangan golongan tersebut dianggap berbahaya kepada keamanan Negara. Orang-orang asing yang masuk ke Negara ini juga hendaklah mendaftarkan nama mereka kepada pegawai polis supaya mudah untuk dikawal. Di samping itu juga, tidak ada satu undang-undang pun yang boleh menentukan siapa rakyat raja Melayu di Negara ini. Bahkan undang-undang yang ada hanyalah undang-undang tahun 1904 yang bertajuk Enakmen Naturalisasi (Naturalization Enactment). Undang-undang